Koleksi Hello Kitty x Adidas Membawakan 3 Pilihan Kasut Dengan Ciri Dan Rekaan Berbeza

September 9, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Watak paling ikonik Sanrio, Hello Kitty memperlihatkan koleksi fesyen terbaru mereka dengan kerjasama adidas. Untuk koleksi bertemakan Hello Kitty ini, ia hadir dengan 3 pilihan kasut yang menarik iaitu adidas Superstar, adidas Forum Low dan adidas Astir.

Ketiga-tiga kasut ini membawakan ciri dan rekaan corak yang berbeza dan disesuaikan mengikut citarasa individu secara umum. Untuk jenis kasut adidas Superstar, ia menampilkan ilustrasi kepala ikonik Hello Kitty yang memperlihatkan telinga bersama reben merah pada bahagian tumit sisi. Melengkapkan ciri kasut ini adalah penggunaan tali kasut berbilang warna.

Sementara untuk adidas Forum Low pula, jenama ini menampilkan gabungan istimewa pada kasut yang mana ia hadir dengan pilihan palet warna tematik merah jambu, merah dan putih dengan lapisan hitam yang dipadankan dengan titik polka putih. Tidak ketinggalan, ia turut menampilkan juga satu imej kecil Hello Kitty dengan jelas pada bahagian sisi kasut.

Akhir sekali, untuk adidas Astir, ia melengkapkan gayanya dengan penggunaan tali berbilang warna iaitu merah jambu dan merah bersama dengan fabrik untuk kasut yang khusus iaitu suede hitam. Berbeza dengan kasut kolaborasi yang lain, adidas Astir hadir dengan hangtag yang menampilkan Hello Kitty dalam pakaian sukan adidas klasik.

Setakat ini, pengeluaran koleksi ini terhad pada kawasan terpilih iaitu Arab Saudi dan ianya belum lagi dipasarkan dan diumumkan secara meluas oleh Three Stripes. Untuk mengetahui lebih lanjut,ikuti perkembangan semasa di laman rasmi adidas dan nantikan keluaran global melalui kedai atas-talian adidas dan peruncit terpilih dalam beberapa bulan akan datang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd