Tahukah Anda Makan Berdiri Boleh Mengakibatkan Peningkatan Selera Makan?

September 12, 2022
Kesihatan

Lina Rosli

Di dalam kehidupan seharian, pernahkah individu mengingatkan kepada anda akan keperluan makan dalam keadaan duduk? Ini kerana amalan makan sambil berdiri atau berjalan adalah perkara yang makruh dari sudut Islam. Ia bukan sahaja tidak manis dilihat orang tetapi juga sebenarnya mengandungi pelbagai kekurangan sekiranya tidak boleh diendahkan.

Mengulas sedikit mengenai larangan makan berdiri atau berjalan, para ulama dilihat mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan dengan hukumnya. Namun, menurut Imam al-Nawawi, larangan daripada makan dan minum sambil berdiri ini menunjukkan kepada makruh tanzih, dan ia juga dipersetujui oleh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani.

Namun begitu, mengambil kira banyaknya hadith yang melarang, dan sebahagian ulama yang mengharamkannya, maka adalah dinasihatkan agar anda menjauhi amalan makan dan minum sambil berdiri ini semampu yang mungkin. Makan dan minum dalam keadaan duduk secara tertib juga merupakan satu adab Islami yang perlu dipelihara.

Makan Berdiri Boleh Menyebabkan Individu Makan Berlebihan

Sesetengah orang percaya bahawa berdiri sambil makan boleh membantu anda menurunkan berat badan lebih banyak berbanding duduk semasa makan. Walau bagaimanapun, perkara ini sebenarnya adalah tidak benar.

Bagi yang tidak mengetahui, berdiri boleh membakar lebih kurang 50 kalori sejam, dan ini tidak semestinya cukup untuk membuat perubahan dari semasa ke semasa.

Itu kerana kebanyakan orang mengambil makanan mereka dengan agak cepat. Jadi dalam senario terbaik, makan sambil berdiri boleh membantu anda membakar kira-kira 12-25 kalori tambahan.

Sebaliknya, duduk untuk makan lebih berkemungkinan mengurangkan kelajuan anda makan, yang berpotensi mengurangkan jumlah kalori yang anda makan ke tahap yang lebih besar.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan akan bergerak dengan lebih perlahan boleh mengurangkan selera makan dan meningkatkan rasa kenyang dan sekaligus mengurangkan jumlah kalori yang diambil semasa makan yang bersamaan dengan sekitar 88 kalori yang dimakan setiap hidangan.

Kesan Postur Anda Kepada Proses Pencernaan

Tahukah anda bahawa postur yang anda praktikkan sewaktu makan sebenarnya mempengaruhi proses dan juga keupayaan untuk mencerna makanan?

Hal ini kerana, apabila seseorang itu berdiri dan berjalan, makanan di dalam perut akan dicerna dengan lebih cepat jika dibandingkan apbila individu berada di dalam keadaan duduk atau baring.

Satu kajian membandingkan kelajuan pencernaan wanita antara waktu duduk atau baring dan juga berdiri selepas makan yang mana pada hasil kajian, ia menunjukkan bahawa individu yang berbaring mengambil masa sekitar 22 minit tambahan untuk mencerna makanan mereka.

Satu lagi kajian membandingkan kelajuan pencernaan untuk individu yang berbaring, duduk, berdiri atau bergerak selepas makan duduk. Mereka yang berbaring selepas makan, dijangka akan mengambil masa 54–102% lebih lama untuk mencerna makanan mereka, berbanding tiga kumpulan lain. Sebaliknya, mereka yang berdiri dan bergerak mencerna makanan mereka dengan paling cepat.

Para penyelidik juga secara langsung membandingkan kesan berdiri dan duduk selepas makan. Mereka yang berdiri mencerna makanan mereka dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, perbezaan lima minit itu terlalu kecil untuk dianggap ketara.

Dengan ini, anda sudah melihat kesan yang mempengaruhi proses pencernaan individu. Namun, anda juga perlu mengetahui bahawa aktiviti mencerna ini turut berlaku semasa dan selepas tempoh makan. Jadinya, jika anda ingin memastikan pengambilan makanan tidak dilakukan secara berlebihan, pastikan anda duduk dan mencari tempat yang selesa ketika menikmati makanan.

Kelebihan Menikmati Makanan Sambil Duduk

Badan anda mempunyai beberapa cara berbeza untuk menentukan sama ada anda lapar atau kenyang. Salah satunya ialah mengesan berapa banyak makanan yang terdapat di dalam perut.

Hal ini kerana, tahap kelegaan perut selepas makan boleh memberitahu otak anda sama ada anda sudah cukup makan atau sebaliknya. Lebih banyak perut anda berasa terdapat ruang untuk makanan, ia akan menyebabkan rasa lapar yang lebih tinggi anda rasa.

Itulah sebabnya makanan yang cepat dihadam, seperti karbohidrat yang diproses, cenderung menyebabkan anda berasa lebih lapar berbanding makanan yang mengambil masa lebih lama untuk dihadam, seperti serat dan protein.

Seterusnya, makan sambil duduk juga boleh membantu mengurangkan refluks dan pedih ulu hati. Untuk pengetahuan anda, refluks gastrik berlaku apabila kandungan perut naik semula ke dalam esofagus. Ini boleh menyebabkan rasa terbakar di bahagian tengah dada, yang biasanya dikenali sebagai pedih ulu hati.

Mereka yang mengalami refluks sering dinasihatkan untuk berdiri tegak dan mengelak daripada berbaring atau membongkok semasa makan. Perkara ini disebabkan kerana berbaring atau membongkok meningkatkan tekanan dalam perut, menjadikannya lebih berkemungkinan makanan akan ditolak semula ke dalam esofagus dan menyebabkan proses pencernaan terganggu.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd