Memberus Gigi Hanya Bersihkan 25% Kotoran Dalam Mulut – Bagaimana Elak Gigi Dari Reput?
Lina Rosli
Memberus gigi semata-mata tidak memberikan jaminan kebersihan yang menyeluruh dalam mulut anda. Hal ini kerana, sewaktu anda membersihkan gigi, terdapat banyak lagi kawasan lain yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi.
Oleh sebab itu, anda perlu memastikan semua sumber bakteria ini untuk telah dihapuskan dan dibersihkan agar ia dapat meminimumkan kerosakan yang berlaku pada kawasan mulut lebih-lebih lagi setiap saat ia tertinggal atau tersisa di dalam mulut anda.

Tompok putih merupakan tanda awal untuk kerosakan gigi. Ia mungkin muncul pada gigi dan boleh menyebabkan risiko seperti kaviti dan mengurangkan kekuatan enamel yang berfungsi untuk melindungi gigi. Kesan daripadanya, gigi akan kehilangan lebih banyak mineral sehingga boleh mereput dan mengubah bentuk gigi yang hanya boleh diperbaiki oleh doktor gigi.
Kebiasaannya, individu yang mengalami masalah kerosakan gigi ini mempunyai amalan gaya hidup yang tidak baik seperti:
- Kerap mengambil snek, makanan ringan atau minuman bergula. Tahukah anda, setiap kali anda konsum makanan atau minuman bergula selain air mineral, ia membolehkan bakteria menjadi asid yang akan mengikis lapisan enamel gigi. Jadinya, anda perlu mengehadkan jumlah asid yang merosakkan gigi anda dengan memastikan pengambilan makanan ringan yang sedikit dalam rutin makan anda.
- Kurang pengambilan makanan tinggi protein dan serat. Apa yang anda makan adalah penting. Secara keseluruhan, berdasarkan piramid makanan yang seimbang, anda perlu mendapatkannya banyak protein, buah-buahan dan sayur-sayuran bagi memberikan nutrien penting pada gigi. Selari dengan itu, anda juga perlu mengurangkan makanan yang diproses dan yang tinggi kandungan gula ringkas kerana ia akan mempercepatkan proses hakisan dan mereputkan gigi.
Bagaimana Anda Boleh Mencegah Gigi Dari Mereput?
Anda boleh mengelakkan kerosakan gigi dengan cara mendapatkan nutrien seperti kalsium dan fosfat, bersama-sama dengan fluorida. Ini kerana ketiga-tiga bahan ini merupakan bahan pelindung yang boleh membantu menguatkan gigi dan menjamin daripada pembentukan bakteria.
Bercerita mengenai gigi yang reput, ia boleh terjadi dari masa ke semasa. Ini disebabkan oleh bakteria dalam mulut kita yang memakan karbohidrat dan gula daripada makanan dan minuman yang kita makan dan kemudiannya mewujudkan hakisan berasid pada enamel ini. Hakisan yang berlebihan menghasilkan bintik-bintik lemah yang membawa kepada kaviti atau lubang pada permukaan gigi.

Jadinya, selain daripada memberus gigi, anda juga perlu menambah penggunaan pembilas mulut ke dalam rutin penjagaan gigi. Bagi yang tidak mengetahui, pembilas gigi boleh membaiki dan melindungi mineral daripada hilang dari gigi.
Di samping itu, ia turut berfungsi dalam menggantikan mineral yang telah hilang, dan menghentikan keupayaan bakteria untuk menukar gula dan kanji menjadi asid menghakis.