Pembukaan Jalan Kuching Selatan Di Bandar Guro, Korea Selatan – Dinamakan Sebagai KuchingSouth-ro
Lina Rosli
Baru-baru ini, sebuah majlis perasmian nama jalan telah dilaksanakan di sebuah bandar di Korea Selatan iaitu Bandar Guro. Di majlis tersebut, mereka telah menamakan satu jalan di Bandar Guro sebagai ‘KuchingSouth-ro’ iaitu nama bandaraya Kuching Selatan di Sarawak.
Berdasarkan laporan Dayak Daily, penamaan jalan itu adalah untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-10 persahabatan antara Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Bandar Guro sebagai bandar persahabatan.

Bagi yang tidak mengetahui, maksud untuk nama KuchingSouth-ro ialah Jalan Kuching Selatan yang mana ‘ro‘ bermaksud jalan dalam bahasa Korea.
Bercakap mengenai persahabatan antara MBKS dan Bandar Guro, hubungan ini telah terjalin sejak tahun 2012. Sejak daripada itu, ia bukan sahaja telah membina hubungan sosial, budaya dan ekonomi, malah turut menyumbang kepada faedah langsung di peringkat tempatan, serantau dan nasional melalui perdagangan dan pelancongan.