Pengguna Kini Boleh Membayar Menggunakan GrabPay Untuk Ciri Pesan & Ambil Di McDonald’s
Lina Rosli
Bagi anda yang gemar memesan hidangan di McDonald’s menerusi ciri Pesan & Ambil di aplikasi mereka, terkini mereka telahpun menambah satu lagi sokongan pembayaran selain iaitu menerusi dompet digital GrabPay.
Dengan tambahan pilihan pembayaran ini, ia sekaligus memperluaskan lagi pilihan sokongan pembayaran sedia ada yang terdapat di aplikasi McDonald’s seperti pembayaran menggunakan dompet digital Boost, perbankan digital serta transaksi kad debit atau kredit.
Untuk mula menggunakannya, anda boleh memesan hidangan pada aplikasi dan kemudian, pilih sokongan GrabPay dan terus lakukan pembayaran.

Selain daripada sokongan ini, anda turut boleh menebus pelbagai ganjaran menarik dengan hanya mengumpul mata ganjaran bagi setiap transaksi yang dibuat.
Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, anda akan menerima 10 mata ganjaran. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu menunjukkan kod QR unik pada juruwang McD untuk diimbas sekiranya anda membuat pesanan di kaunter. Sementara untuk pesanan menggunakan ciri Pesan & Ambil pula, ganjaran akan terus ditambah ke dalam akaun tanpa perlu mengimbas kod QR.