dUCk x Starbucks Menampilkan Koleksi Hijab Dan Bekas Air Edisi Terhad

September 26, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Bermula 27 September 2022 sehingga stok masih ada, dUCk dengan kerjasama Starbucks Malaysia telah hadir dengan koleksi fesyen baharu edisi terhad kepada umum yang dikenali sebagai dUCk + Starbucks Blooming Collection.

Membawakan item-item harian yang dekat dengan pelanggan seperti selendang, beg tote, bekas air dan juga termos, koleksi kerjasama antara dua jenama ini hadir dengan tema warna ungu yang merupakan warna ikonik untuk The dUCk Group.

Manakala dari segi rekaan pula, ia menampilkan ilustrasi yang menggabungkan beberapa jenis bunga seperti bunga raya, orkid, ros dan banyak lagi.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, berikut adalah harga jualan bagi setiap item yang bakal ditawarkan di semua rangkaian kafe Starbucks di seluruh Malaysia:

  • dUCk + Starbucks Blooming Thermos (20oz) – RM198
  • dUCk + Starbucks Blooming Nano Scarf with Charm – RM358
  • dUCk + Starbucks Blooming Shawl with Charm – RM388
  • dUCk + Starbucks Blooming Foldable Tote Bag – RM195
  • dUCk + Starbucks Tumbler with Charm (16oz) – RM95 (akan ditawarkan bermula Oktober 2022)
  • dUCk + Starbucks Blooming Cold Cup (240z) – RM105 (akan ditawarkan bermula Oktober 2022)

Selain daripada koleksi fesyen, kolaborasi dUCk + Starbucks turut memperkenalkan kad edisi terhad dengan nilai pengaktifan kad minimum RM100 bagi setiap satu kad.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd