Jualan Gudang Starbucks Di The Starling Mall – Diskaun Sehingga 80%

September 30, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Bagi anda yang ingin mendapatkan keperluan minuman anda seperti bekas air, termos, cawan dan juga cenderahati lain di Starbucks Malaysia, mereka kini sedang menjalankan jualan gudang besar-besaran di The Starling Mall bermula hari ini (30 September) sehingga 2 Oktober 2022.

Ia menyaksikan pelbagai pilihan corak dan koleksi menarik yang boleh anda dapatkan pada harga yang rendah. Ia termasuk koleksi edisi terhad mengikut musim seperti koleksi sempena musim panas, koleksi dengan kolaborasi jenama dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, individu yang melakukan personalization atau memperibadikan koleksi bekas air anda dengan melakukan ukiran nama pada botol secara percuma. Namun, ia tertakluk untuk jenis botol stainless steel dan cawan seramik sahaja.

Bagi yang berminat, jualan ini berlangsung bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam di aras 5, The Starling Mall, Petaling Jaya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd