Hidung Manusia Mampu Mengesan Bau Sehingga 1 Trilion – Bagaimana Hidung Dan Otak Memprosesnya?

Tahukah anda bahawa manusia dapat membezakan lebih dari 1 trilion bau dan aroma. Menurut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa deria menghidu manusia adalah sangat sensitif. Sebagai contoh, sewaktu anda berjalan di kawasan kedai makan yang penuh dan sesak, anda pasti akan terhidu bau masakan dan dalam masa yang sama anda turut akan mengecam bau lain yang berada di sekitar kedai.

the body shop vanilla bean and honey

Manusia dapat membezakan beberapa juta warna yang berbeza dan hampir setengah juta bunyi yang berbeza. Rangsangan warna berbeza mengikut cahaya dan corak gelombang serta intensiti untuk sesuatu warna. Bunyi pula berbeza dalam bentuk frekuensi dan kelantangan (pitching).

Berbeza dengan warna dan bunyi, bau tidak mempunyai dimensi yang boleh diterangkan atau juga diketahui. Ini menyukarkan para penyelidik untuk menentukan berapa banyak aroma atau rangsangan terhadap sesuatu bau yang dapat kita bezakan.

macro shot of yellow flowers

Satu kajian pada tahun 1920 menunjukkan bahawa manusia dapat mengetahui sekitar 10,000 bau. Bau ini biasanya akan bertambah apabila dicampur atau digabungkan dengan komponen lain yang akhirnya membentuk bau yang lain dalam pelbagai nisbah. Misalnya, aroma bunga mawar terdiri daripada campuran 275 komponen. Campuran ini akhirnya membentuk satu bau yang baru.

Bagaimana Otak Memproses Dan Mengenalpasti Bau?

Setiap neuron di dalam hidung akan dihubungkan dengan neuron yang berlainan dalam olfactory bulb yang merupakan struktur neural otak yang berada di depan vertebrata yang terlibat dalam fungsi menghidu dan bertindak sebagai deria bau. Setelah sampai ke olfactory bulb, ia kemudiannya akan menghantar maklumat ke kawasan otak yang lain. Bahagian otak yang mendapat isyarat ini juga melakukan perkara lain, seperti menyimpan kenangan atau memprovokasi emosi.

Untuk memahami lebih mudah, molekul mikroskopik yang dikeluarkan oleh bahan di sekitar kita seperti pembuatan kopi atau pokok pinus di hutan akan merangsang reseptor ini. Setelah neuron mengesan molekul, mereka menghantar mesej ke otak anda, yang mengenal pasti bau.

Apakah Nilai Minima Yang Manusia Mampu Bau?

Para penyelidik menyatakan bahawa bau yang paling minima untuk kemampuan menghidu manusia adalah 80 juta bau yang unik. Jika tahap sensitiviti tinggi, manusia mungkin dapat membezakan lebih dari seribu trilion bau.

Menurut pakar neorologist Northwestern University Feinberg School of Medicine di Chicago mengatakan kemampuan untuk membezakan satu trilion aroma adalah saling berkait dengan sesuatu bau. Mesej di sini adalah bahawa kita mempunyai kepekaan yang lebih dalam pengertian sesuatu bau jika kita mengetahui tentang sesuatu konteks. Biasanya, perbezaan ini tidak begitu ketara dan sukar untuk dinilai yang mana tertakluk kepada kepekaan.

Sumber: Sciencemag, NIH NCBI- Humans can discriminate more than 1 trillion olfactory stimuli