Setel Kini Menawarkan Sokongan Tambah-Nilai Menggunakan ShopeePay
Lina Rosli
Terbaru, Setel telah menambah sokongan tambah-nilai yang lebih mudah kepada pengguna menerusi kerjasama dengan Shopee. Melaluinya, pengguna Setel boleh menambah nilai amaun yang diinginkan ke dalam dompet digital mereka menggunakan ShopeePay.
Untuk menggunakan pilihan tambah-nilai ini, anda hanya perlu:
- Pergi ke tab Pay pada aplikasi Setel.
- Pilih amaun yang ingin ditambah.
- Kemudian, tetapkan pilihan ShopeePay untuk meneruskan pembayaran tambah-nilai.

Bagi memastikan kelancaran sewaktu tambah-nilai, anda boleh memastikan baki nilai didalam akaun ShopeePay anda mencukupi sama ada RM25, RM30, RM50 atau lain-lain.


Sebelum ini, Setel turut telah memperkenalkan sokongan tambah-nilai secara tunai, perbankan atas talian dan juga dompet digital GrabPay dan juga Boost. Jadinya, anda boleh memilih mana-mana kaedah pembayaran yang selesa dan mudah untuk digunakan.
Selain menggunakan Setel Wallet untuk pengisian bahan api di stesen minyak, anda juga boleh membuat pembayaran parkir di lokasi Setel Parking terpilih.