Kenangan Coffee Dibuka Di Suria KLCC – Tawar Pelbagai Pilihan Kopi Pada Harga Bermula RM8.90

October 17, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Kini, rangkaian kopi grab-and-go yang paling pesat berkembang di Indonesia, iaitu Kenangan Coffee atau lebih dikenali sebagai Kopi Kenangan telah memperluakan penawaran produk mereka ke Malaysia yang mana cawangan pertama jenama ini kini dibuka di Suria KLCC.

Menggunakan nama Kenangan Coffee, jenama ini hadir dengan pelbagai pilihan menu yang boleh anda cuba termasuklah:

  • Kenangan Latte – RM9.90 (Panas), RM10.90 (Sejuk)
  • Creamy Latte – RM9.90 (Panas), RM10.90 (Sejuk)
  • Avocado Coffee – RM12.90 (Sejuk)
  • Avocado Milk – RM11.90 (Sejuk)

Selain menampilkan kopi yang sedia dibancuh, Kenangan Coffee turut hadir dengan pilihan kopi kisar (Single Origin) yang boleh didapati terus dikedai. Empat pilihan kopi kisar yang ditawarkan adalah Kenangan Blend yang memfokuskan kepada rasa nota coklat yang pekat, manakala Bumi Flores pula hadir dengan rasa biji kopi yang lebih unik yang mana ia menggabungkan rasa antara gula perang, rempah ratus dan juga buah limau kering. Dua kopi kisar yang lain pula dikenali sebagai Malabar dan juga Solok.

Berdasarkan perkongsian Kenangan Coffee juga, mereka turut komited dalam memperkenalkan akademi yang tersendiri. Menerusi akademi ini, jenama ini akan menyediakan latihan yang bersesuaian kepada individu selain turut memastikan mereka memperoleh kemahiran lain seperti ilmu dan pengetahuan yang boleh digunakan untuk membuka laluan kepada kerjaya dalam kopi.

Bagi yang tidak mengetahui, Kenangan Coffee diasaskan oleh Edward Tirtanata bersama dengan James Prananto dan Cynthia Chaerunnisa pada 2017. Dan sehingga ke hari ini, jenama ini telah mempunyai lebih daripada 800 kedai di 45 bandar di Indonesia. Ia juga turut telah menjual lebih daripada 30 juta cawan kepada umum pada tahun 2020.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd