ATLAS Vending Perkenalkan 14 Buah Mesin Layan Diri NFT – Satu Daripadanya Diletakkan Di New York

October 18, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Tahukah anda, kini ATLAS Vending yang merupakan penyedia mesin layan diri yang terkemuka telah diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai mesin layan diri NFT pertama di Malaysia?

Menurut ATLAS Vending, kira-kira 13 mesin layan diri telah diperkenalkan yang mana ia mempamerkan karya seni dari 13 artis tempatan. Kesemuanya hadir dengan karya yang dihasilkan mewakili negeri asal mereka.

Selari dengan kejayaan pengenalan mesin NFT ini, ATLAS dilihat memperluaskan lagi penawaran mesin layan diri yang ke-14 di New York. Berdasarkan perkongsian ringkas mereka, karya seni tersebut adalah hasil karya yang direka oleh artis tempatan, Nymea.

Dihadkan kepada 300 unit, 300 pembeli pertama yang memperoleh lima NFT daripada mesin layan diri ATLAS akan menerima  karya seni edisi terhad Nymea yang akan diberikan kepada mereka melalui  aplikasi MetaMask. Mesin layan diri ini akan tersedia dari 16 September hingga 16 Disember 2022 dan setiap NFT dijual pada harga RM59 melalui pembayaran nirtunai.

Bagi yang tidak mengetahui, sebelum hadir dengan mesin layan diri NFT ini, ATLAS Vending telahpun memperkenalkan beberapa jenis mesin lain termasuk mesin bantuan Braille, mesin mesra kerusi roda, mesin pensampelan automatik dan mesin layan diri akhbar.

Dengan pengenalan kesemua mesin ini, ia bukan sahaja membantu pelbagai kumpulan individu dalam mendapatkan keperluan mereka, tetapi juga memenuhi komitmennya untuk menyediakan mesin lebih dari yang biasa untuk bermacam-macam kegunaan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd