Kerjasama UNIQLO X Ayam Brand Menampilkan 30 Rekaan Kreatif Untuk T-Shirt Dan Tote Bag
Lina Rosli
Pernahkah anda membayangkan akan sandwic kegemaran anda semasa kecil atau hidangan nasi dan sardin dalam tin diperagakan dan dijadikan sebagai ilustrasi pada pakaian?
Merealisasikan gambaran anda menjadi nyata, UNIQLO bersama-sama dengan Ayam Brand berganding bahu untuk membawakan kepada rakyat Malaysia siri Taste of Home UTme! t-shirt dan beg tote yang menampilkan produk Ayam Brand.

Fokus kepada rekaan edisi terhad bersama Ayam Brand ini adalah ingin mengimbau kembali gaya nostalgia vintaj dan inspirasi moden yang mana sebanyak 30 reka bentuk kreatif telah disediakan untuk diletakkan pada t-shirt dan beg tote.
Bagi yang berminat, siri Taste of Home Ayam Brand UTme! ini didapati di UNIQLO Fahrenheit 88 dan UNIQLO DA Square mulai 1 November 2022. Bagi setiap pembelian siri ini, pelanggan akan menerima Buku Resipi Jenama Ayam istimewa yang mengandungi 30 resipi tempatan yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Untuk harga jualan, tshirt UTme! ditawarkan pada harga RM79.90 untuk dewasa dan RM59.90 untuk kanak-kanak. Manakala tote bag pula didatangkan hanya dalam satu saiz berharga RM79.90.
Maklumat lanjut mengenai koleksi UNIQLO X Ayam Brand UTme! boleh didapati di laman web UNIQLO ataupun di akaun Facebook UNIQLO Malaysia.