Disney X Naelofar Kali Ini Memperkenalkan Koleksi Dengan Inspirasi Karakter Bambi
Lina Rosli
Setelah kejayaan penawaran koleksi Naelofar X Disney The Little Mermaid dan Alice in Wonderland pada awal dan pertengahan tahun 2022, jenama fesyen muslimah ini dilihat bakal mempersembahkan sebuah lagi koleksi baharu bersama Disney menerusi karakter Bambi.
Sama seperti koleksi sebelum ini, anda boleh menjangkakan variasi penawaran produk gaya hidup termasuk beg, cawan, baju dan juga tudung menerusi Disney x Naelofar Bambi. Dan menyebut dari sudut rekaan pula, koleksi ini memperlihatkan penggunaan motif bunga dan tumbuhan yang digabungkan bersama unsur-unsur yang terdapat dalam filem itu sendiri seperti Bambi dan the Great Prince of Forest.
Menurut Naelofar, penawaran koleksi ini adalah untuk mengimbau semula kisah Bambi yang menceritakan tentang penemuan kecantikan, cinta dan persahabatan sebelum Bambi melangkah dalam laluan ke alam dewasa. Dan dengan koleksi ini juga, Naelofar turut akan mengetengahkan koleksi membawakan elemen kewanitaan dan keanggunan, sambil menghargai keindahan alam semulajadi Bambi dan sifatnya.
Untuk mendapatkannya, jangan ketinggalan untuk terus mengikuti perkongsian dari akaun media sosial Naelofar bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran untuk koleksi Disney x Naelofar Bambi.