Juadah Kepci FC – Ayam Goreng Spicy Cheese Crunch, Spicy Nuggets Dan Spicy Cheese Burger

November 29, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Sebelum melangkah ke tahun baru yang bakal tiba sekitar sebulan sahaja lagi, KFC dilihat mula memperkenalkan menu baharu yang menampilkan variasi hidangan bermula dari ayam goreng hingga ke nugget.

Memfokuskan kepada rasa keju dan pedas, KFC kali ini meraikan keghairahan acara sukan yang amat ditunggu-tunggu oleh ramai dengan memperkenalkan variasi hidangan Kepci FC baharu. Melalui Kepci FC, anda boleh mendapatkan KFC Spicy Cheese Crunch, KFC Spicy Cheese Burger, dan Bucket Dipidap yang mengandungi hidangan-hidangan sampingan kegemaran KFC termasuk Spicy Nuggets baharu dan beberapa sos pencicah yang bersesuaian dikongsi bersama rakan dan keluarga.

Untuk KFC Spicy Cheese Crunch baharu, ia ditawarkan untuk waktu terhad yang mana ia menggunakan ayam Hot & Spicy dan menyalutnya dengan gabungan serbuk keju dan rempah cili untuk memberikan rasa pedas dan berlemak dalam gigitan.

Bagi peminat burger pula, KFC Spicy Cheese Burger yang diperbuat menggunakan filet Zinger rangup yang disaluti campuran serbuk Spicy Cheese, kemudian dilengkapi dengan sos mayo Spicy Cheese, lapisan salad cincang segar lalu diapiti ban bijan bakar.

Turut ada dalam menu Kepci FC adalah Bucket Dipidap yang mengandungi hidangan-hidangan sampingan kegemaran KFC termasuk Spicy Nuggets baharu dan beberapa sos pencicah yang bersesuaian dikongsi bersama rakan dan keluarga.

Bagi yang berminat, mula pesan kesemua menu di dalam penawaran Kepci FC ini pada harga bermula RM12.99. Dapatkan kesemuanya di restoran, pandu lalu, Penghantaran, dan Self Collect. Tidak ketinggalan juga untu muat turun aplikasi KFC baharu untuk membuat pesanan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd