Tealive Buka Cawangan Pertama Di Kanada – Bakal Buka Lagi 50 Cawangan Menjelang 2027

December 1, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Tidak lagi memfokuskan kepada pasaran Asia Tenggara sahaja, Tealive kini telah melebarkan sayapnya ke pasaran Amerika Utara. Mereka telah memilih Ottawa di Kanada sebagai lokasi penawaran pertamanya.

Menurut Loob Holding, pemilihan lokasi ini adalah untuk mereka mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran Amerika Utara secara dekat sekaligus mengatur perancangan untuk memasuki pasaran AS yang menguntungkan seterusnya.

Di Kanada, Loob Holding yang merupakan syarikat yang menguruskan jenama Tealive mengatakan bahawa pasaran di negara tersebut terbuka dengan konsep dan format kedai sedia ada mereka seperti pembukaan cawangan di stesen minyak. Ini kerana rata-rata individu di Kanada sememangnya sudah biasa dengan gaya pandu lalu untuk pembelian barangan.

Dan melangkah ke hadapan, Tealive menyasarkan untuk membuka 50 cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang di seluruh Kanada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd