Ini Adalah Monopoly Edisi Terhad Sempena Tahun Baru Lunar
Lina Rosli
Bersempena tahun baru yang bakal tiba, Monopoly telah hadir dengan penawaran baharu untuk permainan ikoniknya iaitu Monopoly Lunar New Year Edition.
Untuk tahun baru Lunar yang bakal tiba, haiwan yang menjadi simbol adalah arnab. Menurut kalendar mereka, arnab (兔) adalah yang haiwan keempat dalam kitaran dua belas tahun haiwan yang muncul dalam zodiak Cina. Dan ianya dikaitkan dengan simbol Cawangan Bumi (卯).

Bercerita mengenai permainan kegemaran ramai, Monopoly, untuk penawaran edisi terhad ini, ia hadir dengan rekaan yang diinspirasikan oleh perayaan Tahun Baru yang berwarna-warni dan meriah. Ia menggunakan gabungan warna emas dan merah klasik yang melambangkan nasib baik dan kemakmuran.

Melengkapkannya adalah unsur ikonik seperti mercun, kepala singa, arnab, tanglung dan jongkong emas yang digunakan untuk token.Selain itu, Monopoly turut menyediakan sampul duit berwarna merah bagi kegunaan menyimpan duit, token, dadu, kad dan bermacam-macam lagi.
Untuk mendapatkannya, anda boleh melalukan pembelian secara atas-talian sama ada di kedai rasmi Hasbro di Shopee ataupun Lazada bermula hari ini.