Apakah Faktor Yang Menyebabkan Seseorang ‘Binge-Eating’?
Lina Rosli
‘Binge-Eating’ adalah keadaan yang mana seseorang individu makan atau mendapatkan makanan secara berturut-turut dalam satu-satu tempoh masa.
Hal ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi sama ada ketika individu berasa lapar, ataupun selepas mendapatkan makanan. Individu yang mempunyai tabiat binge-eating cenderung untuk mendapatkan makanan yang banyak dalam masa yang singkat, walaupun mereka tidak lapar.

Antara faktor umum yang sering dikaitkan dengan binge-eating adalah tekanan atau tekanan emosi. Dan dalam kebanyakan kes, selepas faktor ini selesai ataupun seseorang individu mula berasa lega, tabiat binge-eating ini juga akan mulai reda.
Berikut adalah gejala atau simptom anda mungkin mula binge-eating:
- Makan lebih cepat daripada biasa
- Makan sehingga melebihi tahap kenyang
- Makan dalam kuantiti yang banyak tanpa rasa lapar
- Makan bersendirian secara rahsia
Mengapa Individu Mengalami Binge-Eating?
Binge-eating selalunya merupakan dikaitkan sebagai mekanisme untuk mengatasi dan mengurus masalah emosi atau tekanan. Individu sering menggambarkan perasaan ‘self-care‘ dan tidak menyedari magnitud makanan yang dimakan sehingga tidak mempunyai keupayaan untuk berhenti makan.
Tidak sekadar itu, binge-eating juga dirujuk sebagai keadaan makan berlebihan secara kompulsif atau ketagihan makanan. Ia adalah penyakit psikologi yang serius yang sangat mengganggu kesihatan dan kebahagiaan seseorang. Ia kerap mengakibatkan tekanan, pengasingan dan penurunan kualiti hidup.

Tabiat ini kebiasaannya berlaku dalam individu yang mengalami peningkatan tahap kepekaan terhadap dopamin iaitu bahan kimia dalam otak yang bertanggungjawab dalam melahirkan perasaan ingin seronok.
Bukan itu sahaja, binge-eating juga sering berlaku lebih biasa pada wanita berbanding lelaki yang mungkin berkait rapat dengan faktor biologi asas.
Berapa Lama Biasanya Individu Akan Mengalami Binge-Eating?
Tabiat makan berlebihan atau binge-eating ini biasanya berlaku untuk jangka masa yang berbeza bagi setiap orang.
Ada individu yang boleh mengalami tabiat binge-eating lebih sejam dan ada yang lain berlaku sama ada dalam tempoh yang mungkin lebih pendek atau lebih lama. Kadangkala makan berlebihan adalah aktiviti yang dirancang dan kadangkala tidak.
Sumber: Healthline, Walden Eating Disorder