Tahukah Anda, Volvo Lakukan Ujian Kemalangan Sekitar 100 Kali Sebelum Kereta Dilancarkan?

December 30, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Pernahkah anda terfikir bahawa apakah persediaan yang perlu dilaksanakan oleh setiap pengeluar kereta sebelum mula melancarkan sesebuah kereta?

Tahukah anda bahawa setiap kereta yang dikeluarkan dan dijual kepada pembeli perlu melalui satu ujian penting iaitu ujian kemalangan?

Ya benar, ujian kemalangan adalah salah satu bahagian penting yang perlu dilaksanakan oleh setiap pengeluar. Hal ini bagi menjamin keselamatan pengguna selain turut membantu mengurangkan risiko kereta ‘malfunction‘ sejurus selepas digunakan di atas jalan.

Bagi syarikat Volvo, mereka telah hadir dengan satu pusat khas iaitu Pusat Keselamatan Volvo yang mana ia berfungsi sebagai makmal ujian kemalangan bagi kereta keluaran Volvo. Bahkah, makmal ini turut telah diiktiraf sebagai makmal kereta termaju di dunia.

Bagi yang tidak mengetahui, sebelum ini pengeluar kereta Sweden ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mengehadkan kelajuan tertinggi pada keretanya kepada 180 km/j. Namun, tindakan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dan maklum balas daripada pemandu kenderaan mereka.

Dan disebabkan itu, dalam mencari keseimbangan antara keselesaan dan juga keselamatan sepanjang pemanduan, Volvo hadir pula dengan beg udara keselamatan yang kini telah diguna-pakai oleh kebanyakan pengeluar kereta tempatan dan juga global.

Menurut Volvo penawaran ini sahaja, tidak cukup untuk menjamin keselamatan pengguna. Dan dari situ, Volvo mula memperkenalkan pusat keselamatan khusus bagi menjalankan ujian kemalangan untuk setiap kereta setiap hari sejak dua puluh tahun yang lalu.

Benarkah Volvo Lakukan Ujian Kemalangan Sekitar 100 Kali Sebelum Kereta Dilancarkan?

Dirasmikan pada tahun 2000 oleh Raja Sweden sendiri, Carl XVI Gustaf, pusat keselamatan ini berpusat di Torslanda berhampiran Gothenburg. Ia menyediakan kemudahan pelbagai fungsi yang membolehkan jurutera hadir dengan pelan kemalangan yang boleh dijangkakan bagi menguji keselamatan kereta.

Melalui beribu-ribu simulasi komputer, Volvo telah menjalankan ujian kemalangan untuk kereta baharu setiap hari secara purata 450 kali ujian selama dua puluh tahun yang lalu.

Antara ujian yang dijalankan termasuk:

  • Ujian Ranap – Dijalankan pada sudut dan kelajuan yang berbeza atau untuk mensimulasikan kemalangan antara dua kereta yang bergerak. Kelajuan tertinggi yang ditetapkan adalah 120 km/j dalam ujian ini.
  • Ujian Kemalangan Menegak – Dijalankan bagi mengetahui senario sekira kemalangan berguling dan senario jalan larian di mana kereta dilancarkan ke dalam parit pada kelajuan tinggi.

Selain itu, Volvo juga mempunyai pasukan mudah alih yang menjejaki perlanggaran sebenar dan juga kren yang mampu membuat simulasi menggunakan kereta pra-pengeluaran dari ketinggian 30 meter untuk meniru kesan kemalangan yang melampau.

Menurut Volvo, setiap hari, untuk setiap model kereta Volvo yang baharu akan menjalani ujian sekitar 100 hingga 120 ujian kemalangan bagi menjamin keselamatan kereta pada tahap yang maksima. Dan apa yang menarik juga, Volvo turut diiktiraf sebagai salah satu jenama yang mengutamakan ciri keselamatan untuk pelbagai jenis dan saiz kenderaan mereka.

Sumber: Volvo

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd