FDA Telah Menambah ‘Bijan’ Di Dalam Senarai Bahan Penyebab Alahan Pada 1 Januari 2023
Lina Rosli
Baru-baru ini, FDA melaporkan terdapat penambahan satu bahan makanan baharu di dalam senarai makanan penyebab alahan ke atas individu iaitu biji bijan.
Perubahan di dalam senarai tersebut mula berkuatkuasa sejak 1 Januari 2023 yang lalu menerusi Akta Keselamatan, Rawatan, Pendidikan dan Penyelidikan Alergi Makanan.

Menurut FDA, penyenaraian biji bijan sebagai makanan penyebab alahan atau alergi ini adalah disebakan oleh beberapa faktor seperti:
- Bijan boleh membawa kepada risiko batuk, gatal tekal, muntah, cirit-birit, ruam mulut, sesak nafas dan penurunan tekanan darah.
- Bijan juga dikatakan mempunyai protein yang akan mengikat antibodi IgE tertentu yang dihasilkan oleh sistem imun seseorang. Kesannya, ia boleh mencetuskan pertahanan imun individu sehingga membawa kepada gejala tindak balas yang boleh menjadi ringan atau sangat teruk.

Hasil daripada keputusan untuk menambah bijan pada senarai alergen makanan utama, FDA menyatakan bahawa selepas ini sebarang produk makanan yang mengandungi bijan akan tertakluk kepada keperluan kawal selia seperti kawalan berkenaan pelabelan dan pembuatan.
Untuk pengetahuan anda, bijan merupakan bahan makanan yang kesembilan di dalam senarai makanan penyebab alahan. Selain daripadanya, bahan-bahan makanan lain yang boleh menyebabkan alahan termasuklah susu, telur, ikan, kerang krustasea, kacang pokok, kacang tanah, gandum dan kacang soya.
Sumber: Food Allergy Org