FamilyMart X GSC Menawarkan Caramel Popcorn Sofuto Edisi Terhad

January 19, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Bagi penggemar sofuto, jangan ketinggalan dalam mendapatkan hidangan edisi terhad FamilyMart X GSC iaitu Caramel Popcorn Sofuto.

Ia menampilkan sofuto yang diperbuat daripada bahan yang kaya dengan rasa mentega dan karamel yang lazat. Kemudian, diperhalusi dengan rasa lemak berkrim sekaligus menjadikannya sofuto yang sesuai untuk dinikmati sewaktu hari panas.

Berdasarkan perkongsian FamilyMart, hidangan ini hanya tersedia eksklusif di rangkaian kedai FamilyMart di seluruh Malaysia kecuali di Menara U. Selain itu, Caramel Popcorn Sofuto ini juga dihadirkan dalam bentuk sama ada pilihan kon ataupun cawan Sundae.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd