71% Individu Bersetuju Bahawa Berkongsi Snek Adalah Cara Mereka Mengekspresi Bahasa Cinta

January 26, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Di dalam kaji selidik yang dilaksanakan oleh Mondelez, hasil dapatan memperlihatkan yang mana ‘snacking’ masih lagi menjadi antara keperluan utama individu lebih-lebih lagi di tempat kerja.

Walaupun ketidakstabilan ekonomi telah menjejaskan kebanyakan tabiat pembelian dalam kalangan pengguna, tetapi populariti jualan barangan makanan ringan seperti snek, jajan dan coklat masih dilihat kekal dan tidak mengalami penurunan yang mendadak.

Menambah kepada tabiat pembelian snek ini juga, kini pengguna turut mengambil berat tentang pek pembungkusan makanan ringan yang ditawarkan oleh pengeluar. Ramai dalam kalangan pengguna menyatakan bahawa mereka memilih sesuatu makanan tidak sekadar jenis dan rasa yang ditawarkan, tetapi juga bagaimana ia memberi impak kepada sosial dan juga persekitaran.

Dalam laporan yang dikongsikan Mondelez, sekitar 75% individu atau pengguna menyatakan bahawa mereka masih akan menyediakan bajet khusus untuk pembelian makanan ringan tersebut. Sementara 69% pengguna berkata makanan yang menggunakan pek pembungkusan yang lestari telah meningkatkan keseronokan mengambil makanan ringan.

Selain itu, 64% pengguna tidak kisah untuk membayar lebih bagi makanan ringan yang dibuat menggunakan bahan dan proses yang mementingkan alam sekitar.

Berdasarkan pekongsian Mondelez juga, kira-kira 79% individu menyatakan yang mana snek adalah medium untuk mereka berhubung dengan orang lain dan 71% individu pula bersetuju bahawa berkongsi makanan ringan ataupun snek dengan orang lain adalah cara lain untuk menyuarakan bahasa cinta. Peratusan ini meningkat kepada 79% dalam kalangan pengguna millennial.

Di samping itu juga, sekitar 68% individu akan makan snek bersama-sama dengan keluarga sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Antara snek yang popular dalam kalangan individu termasuklah:

  • 65% individu memilih untuk makan biskut manis sekurang-kurangnya sekali seminggu
  • 55% individu pula menggemari biskut dan keropok berperisa
  • 53% indicidu menikmati makanan seperti kerepek, popcorn dan pretzel
  • 51% individu mendapatkan makanan berupa manisan kek dan bakeri

Sumber: Food Business Review

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd