Setel Hadir Dengan Komik Bersiri Tersendiri Sempena Raya Aidilfitri
Lina Rosli
Sempena Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Setel tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan raya dengan memperkenalkan komik bersiri mereka yang tersendiri kepada umum.
Menggunakan tajuk ‘Rancakkan Raya’, komik bersiri ini mengisahkan tentang gelagat Mak Andak dan 3 orang anaknya dalam bersiap sedia sebelum mula berpuasa di bulan Ramadan.

Setakat ini, episod pertama komik ini sudahpun mula disiarkan. Komik dari Setel ini bakal menampilkan 5 episod secara keseluruhan yang mana ia akan diterbitkan pada setiap minggu selama sebulan.
Bagi anda yang ingin mula membaca komik ini, anda boleh mengaksesnya di aplikasi Setel. Pada halaman utama aplikasi, anda akan melihat satu butang terapung ‘Rancakkan Raya’. Tekan butang tersebut dan mula baca episod pertama yang bertajuk ‘Jauh di mata, dekat di jiwa, Ramadan tetap bersama’ bermula hari ini!