Kajian Dapati Masalah Periodontitis Dan Hipersensitiviti Dentin Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit Jantung
Lina Rosli
Tahukah anda, masalah atau penyakit berkaitan kesihatan gigi dan mulut telah menjejaskan kira-kira 3.5 bilion orang di seluruh dunia menerusi Laporan Status Kesihatan Oral Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terkini.
Dan di Malaysia sahaja, kira-kira 94% daripada golongan dewasa mempunyai masalah gusi, sementara 88.9% individu pula mengalami masalah kaviti gigi. Secara umumnya, perkara ini boleh berlaku akibat rutin penjagaan gigi yang buruk serta ramai dalam kalangan mereka yang tidak dapat melihat akan kepentingannya dan bagaimana penjagaan kesihatan mulut yang tidak rapi boleh memberi kesan yang meluas dalam kehidupan.

Di dalam satu lagi kajian berasingan oleh Haleon, iaitu antara penyedia terbesar dunia bagi pakar kesihatan oral dan pembuat Sensodyne, yang dijalankan dengan kolaborasi bersama Kantar, ia menunjukkan 71% daripada rakyat Malaysia mengalami simptom sensitiviti gigi.
Untuk pengetahuan anda, gigi sensitif ini berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Dentin terdiri daripada lubang-lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul-tubul ini terkandung cabang saraf yang berasal dari pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif.
Iniasitif Haleon Dan Kantar Dalam Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Oral
Dalam usaha menangani masalah oral yang semakin berlarutan selain turut meningkatkan kesedaran kesihatan oral dan disokong oleh Bahagian kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Haleon bersama-sama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Association, MDA) untuk melancarkan #BetterOralCareNation iaitu kempen selama sebulan yang menyediakan pemeriksaan gigi percuma mulai 1 Mei 2023 sehingga 1 Jun 2023.

Selain itu juga, mereka hadir dengan aktiviti berbentuk pendidikan yang dijangka dapat menambah baik kefahaman kesihatan oral dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Haleon juga, ramai dalam kalangan individu tidak sedar dengan kesalahan yang mereka amalkan sewaktu melaksanakan rutin penjagaan oral.
Jadi, menerusi kempen kesedaran tentang keadaan kesihatan oral ini, individu bukan sahaja akan lebih celik tentang kesan penjagaan oral yang buruk, tetapi juga membantu mengurangkan statistik individu yang terkait.
Tambah MDA pula, kes global berkaitan dengan penyakit oral telah meningkat sebanyak 1 bilion dalam tempoh 30 tahun yang lepas. Hal ini menunjukkan bahawa penyakit oral merupakan keadaan kesihatan yang lazim di seluruh dunia. Hanya 16% rakyat Malaysia melawat doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Hakikat ini boleh dikatakan sangat membimbangkan, memandangkan pengabaian terhadap kesihatan oral bukan sahaja akan meningkatkan dengan ketara risiko menjadi terdedah kepada periodontitis atau hipersensitiviti dentin yang lebih tinggi, tetapi juga meningkatkan risiko untuk keadaan dan penyakit lain.


Individu yang menderitai sebahagian jenis penyakit periodontal adalah sekali ganda mungkin dikesan menghidap penyakit jantung yang disebabkan oleh plak dan bakteria yang memasuki badan melalui gusi.
Penyakit oral seperti periodontitis juga mempunyai implikasi kesihatan yang lebih meluas dan telah dihubungkan dengan kesihatan sistemik yang lemah dan penyakit tidak berjangkit (non- communicable diseases, NDCs), termasuk penyakit diabetes dan kardiovaskular.
Sebagai sebahagian daripada usaha kempen #BetterOralCareNation, jenama ubat gigi sensitiviti yang disyorkan oleh doktor pergigian Haleon, Sensodyne juga akan melancarkan aktiviti di lokasi dengan kerjasama profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan sosial, dan pempengaruh untuk mendorong kesedaran, pendidikan dan kefahaman tentang impak kesihatan oral yang lemah termasuk hubungannya dengan kesihatan sistemik.
Butiran tentang lokasi klinik dan aktiviti kempen akan tersedia melalui media sosial Sensodyne Malaysia. Di harap, dengan perlaksanaan kempen ini dapat menyampaikan penjagaan kesihatan oral yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia selain memperkasa mereka untuk terus mempertingkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.