Google Arts & Culture Expriments Bawakan Buku Mewarna Edisi Ramadan Dan Aidilfitri
Lina Rosli
Jom isi waktu lapang anda sepanjang Ramadan ini dengan mengasah bakat seni visual anda menerusi Buku Seni Mewarna di Google Arts & Culture Experiments.
Di ruangan ini, ia menampilkan sejumlah seni dan lukisan yang boleh anda warnakan mengikut citarasa anda. Untuk pengetahuan anda juga, seni dan lukisan yang terdapat di Google Arts & Culture Expriments ini merupakan hasil kreatif yang ditampilkan para pelukis dan coders Google. Setiap imej ini telah hadir dengan pilihan warna yang akan disesuaikan dengan lukisan.

Malah, tidak seperti alatan mewarna biasa, ia menampilkan jenis-jenis cat lukisan yang berbeza. Sebagai contoh, ada lukisan menggunakan jenis cat acrylic, ada juga cat krayon, cat air dan banyak lagi. Di bawah adalah contoh lukisan yang Tajria telah cuba.

Bagi yang berminat, jom serlahkan kreativiti anda hari ini sambil mengisi masa lapang sepanjang berpuasa di bulan Ramadan ini. Layari laman rasmi Google Arts & Culture Experiments bermula hari ini dan cuba aktiviti permainan lain yang ditawarkan.