Nestlé Omega Plus X BookDoc Hadir Dengan Inisiatif Menarik Sempena Ramadan

March 28, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Khusus bagi individu yang mungkin mempunyai kolesterol tinggi dan tidak menyedarinya, anda harus bertindak segera dalam memastikan kesihatan jantung anda dijaga dengan baik.

Dan untuk menyokong usaha individu, Nestlé Omega Plus bersama-sama dengan BookDoc telah hadir dengan inisiatif menarik sepanjang Ramadan iaitu Cabaran 30 Hari Nestlé Omega Plus. Menerusi misi ini, ia secara tidak langsung dapat mendidik dan membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka. 

Menurut Nestlé Omega Plus, ramai rakyat Malaysia tidak cakna akan bahaya kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung. Pada masa ini, 4 daripada 10 rakyat Malaysia dewasa mempunyai kolesterol tinggi dan hampir separuh daripada mereka berumur bawah 40 tahun. Lebih membimbangkan lagi, hanya 1 daripada 4 sahaja yang menyedari status kolesterol tinggi mereka. 

Oleh itu, untuk memastikan kesihatan jantung berada pada tahap yang baik, anda boleh mendapatkan sekurang-kurangnya dua gelas Nestlé Omega Plus. Ini kerana, di dalam setiap hidangan Nestlé Omega Plus setiap hari, ia akan membekalkan jantung anda dengan 1.2g sterol tumbuhan ActiCol yang dibuktikkan secara saintifik dapat merendahkan paras kolesterol. Paras kolesterol yang rendah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mengenai Cabaran 30 Hari Nestlé Omega Plus, bermula dari hari ini sehingga 30 Jun ini, anda hanya perlu membeli produk Nestlé Omega Plus yang bernilai sekurang-kurangnya RM20 untuk kelayakan menyertai cabaran ini. Kemudian, para peserta akan mendapatkan satu ujian profil lipid BP Healthcare secara percuma, dan mereka yang didapati mempunyai kolesterol low-density lipoprotein (LDL) yang tinggi atau berisiko akan layak memulakan perjalanan 30 hari mereka dengan Nestlé Omega Plus.

Sebagai sebahagian daripada cabaran itu juga, para peserta turut akan mendapat kit-permulaan 5 hari yang percuma, serta sokongan daripada jurulatih kesihatan profesional melalui Aplikasi BookDoc bagi membantu perjalanan 30 hari ke arah paras kolesterol yang lebih sihat.

Mulakan perjalanan anda ke jantung lebih sihat hari ini juga! Untuk maklumat lanjut dan menyertai Cabaran 30 Nestlé Omega Plus, layari https://www.dearnestle.com.my/cabaran-30-hari-nop.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd