Texas Chicken Menawarkan Kembali Menu Ayam 8 Lada – Turut Hadir Dengan Sampul Duit Raya Edisi Terhad

April 3, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Texas Chicken kini memperkenalkan kembali tawaran menu eksklusif mereka iaitu Ayam 8 Lada bersempena dengan yang membawakan sos yang diperbuat daripada 8 jenis lada berbeza iaitu lada hijau Thai, lada merah, lada hitam, jalapeno, chipotle, Szechuan, cayenne dan ancho

Menu ini ditawarkan untuk jangka masa terhad, yang mana bersama-sama dengan ayam ini, Texas Chicken Malaysia turut menawarkan hidangan tambahan lain iaitu Biskut Cip Coklat yang boleh dinikmati sewaktu moreh selepas solat Terawih.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat, dapatkannya bermula hari ini di rangkaian Texas Chicken berdekatan anda. Selain itu, jangan ketinggalan juga untuk mengumpul set Sampul Duit Raya dengan lima corak berbeza bertemakan keunikan seni Islam dari Texas Chicken.

Set sampul Raya ini diberi percuma dengan setiap pembelian kombo Ayam 8 Lada atau pembelian minimum RM20 dalam satu resit bermula dari 7 April 2023. Setiap sampul Raya disertakan kupon biskut cip coklat atau biskut mentega madu percuma dengan syarat pembelian yang ditetapkan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd