Batu Delima Terbesar Di Dunia Mungkin Akan Dijual Pada Harga Mencecah RM132 Juta

April 7, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Pada September 2022, FURA Gems telah mengumumkan penemuan bersejarahnya tentang batu delima berkualiti terbesar di dunia. Dan penemuan ini telah menjadi bualan hangat dalam kalangan penggemar barang perhiasan.

Ditemui dari lombong delima FURA di Montepeuz, Mozambique pada Julai 2022, batu permata itu diperkenalkan sebagai Estrela de FURA yang bermaksud bintang FURA dalam bahasa Portugis. Nama itu juga diberikan untuk menyerlahkan Mozambique sebagai sumber yang kaya dengan delima berkualiti dan premium.

Menurut perkongsian, batu delima ini memperlihatkan jisimnya seberat 101 karat. Dan pada waktu awal penemuan, Estrela de FURA dianggap oleh pakar sebagai khazanah alam semula jadi yang luar biasa kerana batu tersebut hadir dengan rekaan dan tahap kejelasan kilauan yang luar biasa selain turut menampilkan warna batu yang berona merah terang, yang dikenali sebagai ‘darah merpati’ – warna yang dikaitkan secara tradisi hanya dengan delima Burma.

Untuk pengetahuan anda, Estrela De Fura Ruby ini akan menjadi sebahagian daripada jualan Sotheby’s Magnificent Jewels pada 8 Jun 2023 di New York pada nilai bidaan sekitar $30 juta bersamaan dengan .

Bagi rekod bidaan sebelum ini, ia diungguli oleh Sunrise Ruby, batu 25.59 karat yang ditemui di Myanmar. Dalam bidaan ketika itu, ia dinilaikan pada harga $30.3 juta di Geneva, Switzerland, pada 2015.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd