Inside Scoop X Calaqisya Memperkenalkan Aiskrim Eksklusif Sempena Aidilfitri

April 7, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Inside Scoop bersama-sama dengan jenama pakaian muslimah, Calaqisya, hadir dengan sajian manisan yan unik untuk memeriahkan raya kali ini.

Untuk keluaran kali ini, anda boleh mencuba produk berasaskan aiskrim yang hadir dengan rasa klasik dan tradisional iaitu perisa Onde-Onde Gula Melaka dan juga Yusuf Taiyoob Kurma.

Menerusi pengenalan kolaborasi kedua-dua jenama ini, anda boleh mendapatkan bag sejuk beku (cooler), bekas aiskrim dan kotak kek yang direka khusus untuk pelanggan terawal yang membeli sajian Inside Scoop X Calaqisya.

Bagi yang berminat, aiskrim Inside Scoop X Calaqisya ini tersedia dalam saiz bekas 473ml pada harga RM33 sebekas. Manakala untuk kek pula, hanya kek Onde-Onde sahaja yang ditawarkan pada harga RM145 setiap satu.

Anda juga boleh mendapatkan sampul duit raya eksklusif Inside Scoop X Calaqisya untuk setiap pembelian sementara stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd