Jenis-Jenis Liang Pori – Fungsi Dan Kesan Pori Ke Atas Kulit Muka
Lina Rosli
Setiap individu mempunyai tekstur kulit yang berbeza. Untuk pengetahuan perbezaan tekstur ini sebenarnya bergantung kepada beberapa kepada banyak faktor, seperti:
- Pemendapan lemak, otot dan tisu sokongan lain
- Sejarah kecederaan, keradangan, atau pembedahan pada kulit
- Rutin penjagaan kulit
- Faktor lain termasuklah parut pada tisu kulit, kecacatan kelahiran dan gangguan perubatan lain
Oleh sebab itu, apabila anda mengalami beberapa perkara ini di kulit, ia sedikit sebanyak akan mengganggu kondisi semasa kulit.

Selain itu, kulit muka juga mempunyai tektur kulit yang lebih halus dan lembut jika dibandingkan dengan bahagian kulit yang lain. Maka, disebabkan itu juga, anda boleh mendapatkan solekan yang lebih sempurna pada bahagian kulit muka kerana sapuan krim atau produk-produk boleh disapu dengan lebih lancar dan rata.
Untuk mendapatkan kulit yang halus, anda juga perlu mempunyai rongga atau liang pori yang kecil dan minimal. Berbeza dengan kulit dengan saiz liang pori yang besar, tekstur kulit akan kelihatan kasar dan memerlukan rutin penjagaan kulit yang lebih teliti.
Ketahui Jenis-Jenis Liang Pori
Istilah liang digunakan untuk menggambarkan bukaan kecil pada kulit di mana kawasan pengumpulan minyak dan peluh sebelum memasuki permukaan kelenjar masing-masing di bawah kulit.
Secara umumnya, terdapat dua jenis liang pori yang perlu anda ketahui:
- Liang minyak: Liang jenis ini disambungkan ke kelenjar minyak yang mana ia berada di seluruh permukaan kulit anda, kecuali kulit di tapak tangan dan tapak kaki. Liang minyak inilah yang menarik perhatian kita kerana ia boleh cukup besar untuk dilihat. Apabila orang bercakap tentang mempunyai liang besar atau liang tersumbat, mereka biasanya merujuk kepada liang minyak.
- Liang peluh: Selain liang minyak, anda juga mempunyai liang peluh di seluruh kulit anda. Pori-pori peluh sangat kecil. Anda biasanya tidak dapat melihat pori-pori ini dengan mata kasar. Apabila terlalu aktif, pori-pori ini boleh menyebabkan hiperhidrosis (berpeluh berlebihan).
Penjagaan liang pori yang tidak konsisten dan menyeluruh, ia boleh menyebabkan kulit tidak menerima zat atau nutrisi yang diperlukan. Nutirisi ini penting kerana melaluinya, ia membantu individu untuk mengurangkan pembentukan sel kulit mati, menjadikan kulit lebih hidrat selain turut menampilkan muka yang lebih berseri.

Untuk pengetahuan anda, semua cela atau jerawat bermula dengan penyumbatan pori. Ini termasuk bintik hitam, milia, jerawat kecil, dan jerawat meradang besar. Untuk mengawal jerawat, rawatan yang memastikan pori-pori bersih adalah satu kemestian
Akhir sekali, liang peluh juga boleh menjadi tersumbat, walaupun kotoran jerawat tidak terbentuk. Sebaliknya ruam haba akan berkembang.