Pameran Kafe & Minuman Antarabangsa 2023 Akan Diadakan Di Kuala Lumpur Convention Centre Mulai 25-27 Mei 2023
Lina Rosli
International Café & Beverage Show (ICBS) 2023 yang menampilkan pameran utama bagi produk makanan, minuman dan kafe artisan, kini kembali ke Kuala Lumpur Convention Centre dari 25 hingga 27 Mei 2023.
Bukan sekadar pameran sahaja, ‘Roasters Pavilion’ atau Pavilion Pengeluar Kopi Panggang juga kembali dalam membantu para pengeluar kopi mendapatkan perisa kopi yang unik pada nilai yang berpatutan. Sekiranya anda berminat untuk berkunjung ke Roasters Pavilion, di sana anda boleh mencuba antara kopi paling kreatif dan inovatif yang dihasilkan oleh lebih 15 syarikat yang menyertai pameran.

Untuk pengetahuan anda juga, untuk ICBS 2023 ini, ia menjangkakan sekitar lebih daripada 250 jenama dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Australia, Belanda dan Itali akan menyertai dan memeriahkan acara ini.
Selain itu, Montgomery Asia yang merupakan penganjur untuk acara ini telah sekali lagi berganding bahu dengan Persatuan Kopi Istimewa Malaysia (MSCA) untuk menganjurkan pertandingan separuh akhir dan akhir Kejohanan Kopi Kebangsaan Malaysia (MNCC) edisi ke-8.
Untuk barista yang menjuarai pertandingan ini merangkumi tiga kategori – Kejohanan Barista Malaysia Gigi Coffee 2023, Piala Pembuat Kopi Malaysia Falcon Coffees 2023 dan Kejohanan Seni Latte Malaysia Gigi Coffee 2023 akan mewakili Malaysia di Kejohanan Kopi Dunia (WCC) 2024.

Montgomery Asia juga akan memperkenalkan siri pendidikan bertajuk “Cafe Talk @ ICBS 2023”, yang akan melibatkan 14 bengkel dan ceramah sepanjang pameran. Antaranya termasuk bengkel daripada Barista Guild Asia, yang akan hadir dengan dua kursus iaitu ‘Pengenalan Kopi’ bagi mereka yang benar-benar berminat dengan dunia kopi yang lazat dan mahu memahami cara untuk menyediakan kopi yang hebat dan juga ‘Anda nak buka kafe?’, yang disediakan untuk sesiapa yang mahu membuka kafe tetapi tidak pasti di mana selok-beloknya.
Dankoff Coffee Specialist juga akan menganjurkan ‘Bilik Pancaindera Bersama DC Academy’, yang membolehkan peserta mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti perisa dan aroma kopi dan teh.

Pameran ini akan diadakan di Dewan 4 & 5, Kuala Lumpur Convention Centre, dengan tumpuan kepada pengunjung perdagangan dan industri pada dua hari pertama iaitu 25 dan 26 Mei pad ajam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Manakala pada hari ketiga pula, 27 Mei pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang, acara ini terbuka kepada orang ramai, dan mereka boleh menjamu selera mereka dengan sajian terbaik yang ditawarkan oleh industri kopi dan kafe.
Sesiapa yang berminat untuk mengunjungi atau menyertai pameran ICBS 2023, anda boleh layari laman rasmi di www.intl-cbs.com untuk membuat pra-pendaftaran kunjungan dan mendapatkan berita dan maklumat terkini.