KyoChon 1991 Kini Mendapat Pengiktirafan Halal Dari JAKIM – Nikmati Diskaun Istimewa 15%
Lina Rosli
Selepas FamilyMart mengumumkan akan status pengiktirafan halal mereka kini telah disahkan oleh JAKIM, kini tiba pula giliran KyoChon 1991 mengumumkan bahawa rangkaian restoran mereka juga telah mula mendapat pengiktirafan sijil halal dari JAKIM.

Menurut KyoChon 1991, jenama mereka sememangnya komited dalam menawarkan sajian yang halal dan berkualiti kepada pengguna. Dan dengan adanya sijil halal ini, ia dijangka akan memberikan jaminan kepada individu yang mengambil berat akan standard halal restoran yang mereka kunjungi.
Tambah KyoChon 1991 lagi, syarikat induk mereka dari Korea Selatan turut sama-sama menambahbaik penawaran mereka dengan menggunakan bahan terbaik yang halal dari Korea selain turut melabur dalam kilang automatik yang menghasilkan sos dan perasa untuk makanan mereka agar selaras dengan rasa dan kualiti asli dari Korea Selatan ke Malaysia.
Berikut adalah beberapa rangkaian KyoChon 1991 yang telah mula mempamerkan sijil halal JAKIM di restoran mereka.

Selain itu, bagi meraikan kejayaan ini bersama semua rakyat Malaysia, KyoChon 1991 memberikan diskaun 15% untuk semua pesanan sama ada makan di restoran, bawa pulang dan pesanan web menggunakan kod promosi ‘halal15‘ bermula dari 12 Mei hingga 13 Jun 2023.