Little Optometrist Oleh MOG – Sebuah Program Untuk Mendidik Kanak-Kanak Mengenai Penjagaan Mata
Lina Rosli
Metro Optical Group (MOG), salah satu penyedia penjagaan mata terkemuka di Malaysia, telah mengadakan 6-in-1 Vision Experiential Showcase yang bertujuan untuk menyediakan kepada orang ramai akan penyelesaian penglihatan yang bersesuaian dengan hanya 6 langkah perundingan penjagaan mata profesional.
Selain daripada itu juga, MOG menerusi jerayawara itu juga turut memperkenalkan Little Optometrist kepada penduduk Johor. Ia merupakan program penjagaan mata komprehensif yang direka untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mata dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa.
Diadakan selama seminggu di Johor Bahru City Square, acara ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan MOG untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan mata berkualiti tinggi yang boleh diakses oleh rakyat Malaysia di seluruh negara. Dan dalam pada masa yang sama menyediakan aktiviti yang menyeronokkan dan menarik untuk kanak-kanak belajar tentang kesihatan mata dan belajar mendiagnosis masalah kecil penglihatan.

Inisiatif Little Optometrist memberikan pengalaman interaktif dan mendalam bagi kanak-kanak untuk menguji dan mendiagnosis keadaan mata mereka dalam persekitaran terkawal di bawah pengawasan optometris yang bertauliah.
Selain kanak-kanak, ibu bapa juga dididik tentang cara mengenali gejala yang boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan penglihatan dan kesejahteraan keseluruhan anak-anak mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa mengutamakan kesihatan penglihatan anak-anak dan membawa mereka untuk pemeriksaan mata tepat pada waktunya setiap tahun.
Untuk program 6-in-1 Vision Experiential Showcase pula yang diadakan di Johor Bahru, ia bukan sahaja hadir dengan pelbagai pameran menarik, tetapi turut menampilkan sesi panel oleh pakar penjagaan mata mengenai topik seperti:
- penjagaan penglihatan kanak-kanak
- pengurusan miopia
- penjagaan penglihatan warga tua
- penjagaan mata digital
- penjagaan lensa khusus
- kecantikan dan penjagaan mata

MOG 6-in-1 Vision Experiential Showcase kini tersedia di semua lokasi MOG sebagai perkhidmatan percuma dengan tempahan janji temu yang sah di laman web MOG. Seterusnya, MOG juga akan terus komited dalam meneruskan jelajahnya ke lebih banyak negeri pada masa akan datang.
Untuk maklumat lanjut atau maklumat terkini tentang jenama dan produknya, anda boleh layari laman web rasmi MOG atau akaun media sosial rasmi MOG di Facebook dan Instagram.