IPC Shopping Centre Melancarkan Kempen Kitar Semula Bahan Buangan – Gavå with Your Recyclables

June 6, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

IPC Shopping Centre kembali dengan kempen kitar semula bahan buangan yang dianjurkan pada setiap tahun. Tahun ini, pusat itu memperkenalkan ‘Gavå with Your Recyclables’ bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian di samping turut meningkatkan usaha kitar semula dalam kalangan para pembeli.

Bermula dari hari ini hingga 31 Julai, para pembeli boleh menikmati dua kali ganda ‘Gåva’ – yang bermaksud ganjaran dalam bahasa Sweden; apabila mereka mengitar semula kertas, plastik, dan aluminium di Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) IPC yang terletak di aras tempat letak kereta P1.

Dapatkan Ganjaran Dengan Bahan Kitar Semula Anda (Gåva with Your Recyclables)

Di sepanjang tempoh kempen selama 10 minggu ini, ahli IPC Tack Club boleh mengitar semula sekerap yang mungkin mencapai jumlah berat terkumpul yang diperlukan untuk tiga kategori bahan buangan kitar semula iaitu kertas, plastik, atau aluminium dan menebus ganjaran eksklusif.

Walau bagaimanapun, setiap kategori bahan kitar semula tidak boleh dicampuradukkan dengan kategori lain bagi memenuhi jumlah berat terkumpul yang diperlukan. 

  • Ganjaran Tahap 1: Setiap 6kg bahan kitar semula yang berjaya dikumpulkan akan menerima e-baucar bernilai RM10 + mata Tack
  • Ganjaran Tahap 2: Setiap 10kg bahan kitar semula yang berjaya dikumpulkan akan menerima e-baucar bernilai RM10 + mata Tack + kain pengelap pinggan mangkuk buatan Sweden (100% boleh biodegradasi)

Sejarah kitar semula para pembeli akan direkodkan dan boleh dijejaki kembali melalui profil aktiviti ahli Tack Club, dan penembusan ganjaran boleh dilakukan di i-Kaunter. 

Sempena dengan kempen kitar semula bahan buangan ini, IPC Shopping Centre turut menjadi pusat beli-belah pertama dan satu-satunya yang bekerjasama dengan Arus Oil bagi memperkenalkan kategori bahan kitar semula baharu.

Para pembeli boleh mengitar semula minyak masak terpakai mereka di RBBC pusat beli-belah tersebut pada hari tertentu bagi mendapatkan pulangan tunai tambahan RM1.40/kg menerusi aplikasi Arus Oil.

Dengan memasukkan kod promo eksklusif ‘IPCCUS2023’ di bawah ruangan profil dalam aplikasi Arus Oil, para pembeli boleh menikmati ganjaran pulangan tunai yang lebih tinggi RM1.90/kg.

90 pembeli pertama yang mengitar semula juga akan menerima satu Jerry Can (tong minyak) percuma apabila mereka menunjukkan keahlian Arus Oil atau Tack Club mereka di gerai Arus Oil yang terletak bersebelahan dengan RBBC pada tarikh kutipan berikut mulai 10.00 pagi hingga 8.00 malam pada 27 Mei, 3 Jun, 24 Jun, 8 Julai, 29 Julai, 26 Ogos dan 23 September 2023.

IPC Shopping Centre juga menjalin kerjasama dengan Alliance Bank untuk memberikan ganjaran kepada pemegang kad kredit bank tersebut yang mengambil bahagian dalam kempen kitar semula bahan buangan.

Pemegang kad kredit tersebut akan menerima sebuah beg kanvas tambahan apabila mereka berjaya mengitar semula sekurang-kurangnya 6kg bahan buangan. Ahli IPC Tack Club yang memegang kad Alliance Bank boleh menebus ganjaran ini di i-Kaunter, Aras G dengan menunjukkan kad kredit atau kad maya Alliance Bank. 

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kempen ‘Gåva with Your Recyclables’ IPC Shopping Centre, sila kunjungi ipc.com.my dan ikuti Facebook dan Instagram IPC untuk promosi, acara dan maklumat terkini.  

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd