Berapakah Kadar Normal Degupan Jantung Ketika Tidur?
Lina Rosli
Tahukah anda berapa kadar degupan jantung normal bagi setiap individu sewaktu tidur?
Bagi yang tidak mengetahui, purata kadar degupan jantung ketika berbaring dan tidur bagi setiap manusia adalah sekitar 40 hingga 50 degup seminit (bpm). Walau bagaimanapun, kadar degupan ini akan berbeza dan bergantung kepada beberapa faktor luaran.
Sebagai contoh, faktor umur turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan degupan jantung yang berbeza. Untuk pengetahuan anda, kadar degupan ini akan menjadi semakin perlahan selari dengan peningkatan umur.

Misalnya, orang tua yang berumur lebih daripada 60 tahun akan mempunyai nilai kadar yang lebih rendah iaitu sekitar 95bpm ketika sedang berehat. Manakala individu yang berumur 18 hingga 45 tahun pula menampilkan kadar degupan jantung sekitar 110bpm.
Secara umum, kadar denyutan jantung lebih perlahan semasa tidur berbanding ketika seseorang terjaga. Dan bukan itu sahaja, kadar denyutan jantung juga berubah mengikut kitaran dan peringkat tidur.
Pada peringkat pertama tidur, degupan jantung mula perlahan. Semasa tidur nyenyak, kadar denyutan jantung mencapai tahap paling rendah. Dan akhir sekali sewaktu tidur di fasa REM, kadar denyutan jantung mungkin meningkat kepada kadar jantung yang serupa dengan semasa anda terjaga.

Untuk pengetahuan anda juga, kadar degupan jantung yang tinggi boleh memberi kesan kepada pengalaman dan kualiti tidur individu. Dalam keadaan yang lebih teruk, kadar degupan jantung yang tinggi boleh mempengaruhi dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Oleh itu, anda harus berjaga-jaga dengan konsistensi degupan jantung anda. Sekiranya anda mengalami isu seperti tekanan dan kebimbangan ataupun tahap kebersihan tidur yang rendah, pastikan anda mendapatkan bantuan dari pakar untuk menguruskannya sebelum keadaan ini menjadi lebih teruk.
Sumber: Sleep Foundation