Kolaborasi Kali Ke-4 Bersama Starbucks, Christy Ng Hadir Dengan Penawaran Produk Yang Lebih Variasi
Lina Rosli
Untuk tahun 2023 ini, terdapat beberapa jenama dilihat hadir dengan koleksi edisi terhad bersama Starbucks. Dan antara jenama yang tidak ketinggalan dalam menampilkan keunikan mereka untuk rekaan kolaborasi ini adalah Christy Ng.
Bagi yang tidak mengetahui, ini merupakan kolaborasi kali ketiga Christy Ng bersama Starbucks. Bermula sejak tahun 2021, Christy Ng dilihat telah hadir dengan pelbagai jenis rekaan yang menarik menerusi kerjasama mereka bersama Starbucks.

Antara rekaan yang ditampilkan sebelum ini termasuklah rekaan khas sempena Pesta Kuih Bulan yang mengetengahkan konsep flora dan fauna. Kemudian untuk koleksi raya bersama Starbucks pada tahun 2022 pula Christy Ng hadir dengan rekaan yang lebih minimalis yang mana menggabungkan warna-warna pastel untuk lukisan cetakan monogram menggunakan logo mereka.
Dan kali ini pada tahun 2023, Christy Ng + Starbucks dilihat hadir dengan konsep yang lebih klasik iaitu menggunakan cetakan checkered dengan warna ikonik Starbucks, hijau dan beige.

Berdasarkan perkongsian di laman rasmi Christy Ng, pemilihan warna gabungan dan juga corak rekaan pada koleksi baharu ini adalah untuk mencari keseimbangan hubungan antara manusia dan juga alam semula jadi.
Selaras dengan harmoni warna, rona kuning air (beige) dan hijau ini dipilih untuk membangkitkan daya tarikan pengembaraan sekaligus memberikan impak kepada pemakainya untuk memulakan perjalanan yang menarik di mana budaya, fesyen dan kopi berkumpul.

Corak kotak checkered ini juga direka bagi menggambarkan inspirasi daripada daya tarikan abadi motif klasik, susunan simetri segi empat sama dalam mengetengahkan elemen yang teratur, seimbang dan juga halus.
Untuk koleksi baru Christy Ng + Starbucks ini, jangan ketinggalan untuk mendapatkan:
- Christy Ng + Starbucks Grocery Canvas Tote – RM95
- Christy Ng + Starbucks Duffle Bag – RM188
- Christy Ng + Starbucks Picnic Mat – RM215
- Christy Ng + Starbucks Backpack – RM215
- Christy Ng + Starbucks 24oz Tumblr – RM118
- Christy Ng + Starbucks 24oz 700ml Water Bottle – RM88