Kucing Alami Penurunan Berat Badan Yang Mendadak – Mengapa Kucing Anda Tidak Mahu Makan?
Lina Rosli
Kucing merupakan haiwan perliharaan yang sangat digemari dan disukai kebanyakan pencinta haiwan. Ini mungkin disebabkan perwatakan mereka yang ceria di samping mempunyai rupa paras yang comel menjadikan kucing sentiasa berada di kedudukan teratas di dalam senarai haiwan yang ingin dibela.
Namun, sebagai pencinta haiwan atau lebih spesifik pemilik kucing, anda seharusnya mengetahui dan memahami keperluan utama kucing. Hal ini bagi memastikan kucing anda menerima perkara utama mengenai kucing. Antaranya termasuklah:
- Tabiat dan rutin harian kucing seperti waktu bermain, waktu tidur dan waktu makan.
- Keperluan mental dan fizikal kucing seperti tempat tidur, alat mainan dan pencakar, jenis makanan dan lain-lain.
- Kesihatan dan penjagaan kucing seperti pemeriksaan kesihatan, pengambilan vaksin, grooming dan juga banyak lagi.

Mengapa Kucing Anda Mengalami Penurunan Berat Badan Yang Mendadak?
Penurunan berat badan adalah simptom penyakit yang sangat biasa lebih-lebih lagi sekiranya kucing anda merupakan kucing tua. Oleh itu, adalah penting untuk anda membuat temu janji dengan doktor haiwan jika anda mendapati kucing perliharaan anda mengalami kehilangan berat badan yang mendadak.
Dengan cara itu, mereka boleh mengenal pasti kemungkinan punca dan menetapkan rawatan yang sesuai.
Beberapa penyakit sistemik yang mempunyai gejala penurunan berat badan adalah penyakit seperti:
- buah pinggang kronik
- diabetes
- hipertiroidisme
- penyakit radang usus
Selain itu, kucing tua juga mungkin boleh mengalami kehilangan berat badan akibat penurunan selera makan mereka, yang boleh disebabkan oleh:
- Masalah pergigian yang menyebabkan waktu makan terasa menyakitkan.
- Kemerosotan deria bau dan rasa, mengurangkan keinginan mereka untuk makan.
- Gangguan penghadaman yang menghalang nutrien dalam makanan mereka daripada diserap dengan betul.

Untuk mendapatkan rawatan yang sebetulnya untuk kucing rumah anda, doktor haiwan anda akan dapat memberi anda maklumat tentang cara terbaik untuk menjaga kucing anda, bergantung pada punca penurunan berat badan mereka.
Walau bagaimanapun, untuk tempoh masa terdekat, anda boleh menukar diet pemakanan mereka dengan cara:
- Memberi kucing makanan bertekstur lebih lembut yang mungkin lebih mudah untuk dimakan.
- Memanaskan makanan mereka supaya aromanya dipertingkatkan. Dengan ini, ia boleh merangsang selera makan kucing anda.
Sekiranya keadaan kucing anda semakin kritikal dan tidak menunjukkan peningkatan tahap kesihatan yang positif, anda disarankan untuk melawati doktor haiwan untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat yang bersesuaian.