Mengapa Anda Perlu Mempunyai Jarak Masa Antara Waktu Tidur Dan Waktu Makan?
Lina Rosli
Tahukah anda akan kepentingan untuk luangkan masa antara waktu makan dan tidur? Secara umumnya, pakar mengesyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya tiga jam selepas anda makan untuk tidur.
Melaluinya, ia membolehkan badan anda mencerna makanan dengan lebih berkesan selain tidak menyebabkan kesan-kesan negatif yang boleh mengganggu waktu tidur anda seperti sakit perut, senak atau refluks asid pada waktu malam.

Jadi bagaimanakah cara untuk anda mengetahui waktu yang sesuai untuk anda makan malam? Salah satu cara terbaik untuk menentukan masa makan yang sesuai untuk kesejahteraan peribadi anda ialah dengan memikirkan tentang pukul berapa anda biasanya tidur. Dan dari situ anda boleh membuat kira-kira yang bertepatan untuk waktu makan anda.
Walaupun waktu makan malam itu sendiri mungkin tertakluk kepada jadual individu. Namun, adalah penting untuk kesihatan anda mendapatkan ruang atau tempoh untuk memproses sekitar dua hingga tiga jam antara waktu makan terakhir dan waktu tidur.
Dengan ini, ia membolehkan badan anda melakukan proses pencernaan melakukan tugasnya dengan lebih konsisten.

Selain itu, jika anda makan dan berbaring selepas itu, badan anda mungkin mengalami aliran balik kandungan perut. Makanan yang mengandungi sejumlah besar gula tambahan, garam dan lemak sintetik mungkin lebih sukar untuk diterima dalam kuantiti yang lebih besar sejurus sebelum tidur.
Tetapi jika anda memerlukan makanan sebelum tidur, berikut adalah beberapa snek tengah malam yang sihat selain dilihat tidak akan mengganggu tidur anda sepenuhnya.
- Kacang badam
- Buah beri
- Buah kiwi
- Salmon
- Oat
- Yogurt