Jenama Lampin Bayi, MamyPoko Memperkenalkan Lampin Yang Boleh Melindungi Bayi Daripada Gigitan Nyamuk
Lina Rosli
Bersempena Hari Denggi ASEAN yang telah berlangsung tempoh hari, MamyPoko dilihat hadir dengan produk terbaru yang membantu melindungi bayi daripada gigitan nyamuk yang diperkenalkan sebagai MamyPoko ANTIMOS Pants.
Menurut MamyPoko, pengenalan produk ini selari dengan kebimbangan para ibu bapa pada masa kini yang mana kes denggi di Malaysia telah mencatatkan sekitar 48,712 kes pada minggu epidemiologi ke-22, iaitu peningkatan sebanyak 158% berbanding tahun sebelumnya.

Oleh yang demikian, menerusi produk MamyPoko ANTIMOS Pants ini, ia dapat menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Ini kerana menurut MamyPoko, mereka menggunakan teknologi berpaten Jepun yang mana ia dilengkapi dengan ekstrak serai wangi untuk setiap lampin.
Selain itu juga, MamyPoko hadir dengan teknologi Big DRY Zone+ yang berupaya mengawal daya serapan dan kekeringan sehingga 10 jam. Dengan ini, ia membolehkan bayi menikmati keselesaan optimum selain dapat bermain dan tidur tanpa gangguan.

Tidak sekadar itu, bersempena dengan pengenalan produk terbaru ini juga, MamyPoko telah hadir dengan laman web khusus yang memfokuskan kepada pendedahan denggi dalam kalangan ibu bapa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari ke laman http://www.mamypokoagainstdengue.com/ bermula hari ini bagi mengetahui informasi berkenaan kawasan hotspot denggi dan banyak lagi.
Untuk jualan, anda boleh mula mendapatkannya di pasaraya besar, kedai runcit dan serbaneka serta laman edagang Shopee dan Lazada pada harga bermula RM34.90 setiap satu.