BloomThis Buka Kedai Fizikal Di Petaling Jaya – Menumpukan Pada Komuniti Dan Pembelian Terus Di Kedai

June 23, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Selepas pandemik yang melanda Malaysia beberapa tahun lepas, boleh dikatakan semakin banyak kedai atas-talian yang mula memfokuskan kepada penawaran terus di kedia fizikal.

Tidak ketinggalan, BloomThis, yang merupakan platform pembelian bunga atas-talian yang kini turut hadir dengan pusat pembelian fizikal yang terletak di Petaling Jaya.

Di kedai fizikal BloomThis ini, para pengunjung boleh mendapatkan variasi pilihan gubahan bunga yang segar dan menarik untuk dimiliki individu. Bermula dari jambangan bunga di dalam balutan kertas sehingga ke bunga di dalam bakul, terdapat lebih daripada 10 kategori bunga yang boleh ditempah.

Kategori gubahan bunga di BloomThis yang boleh anda dapatkan termasuklah:

  • Signature Hat Box
  • Gubahan bunga dalam kotak hati
  • Gubahan bunga dalam bakul buah
  • Gubahan bunga untuk majlis pengembumian
  • Gubahan bunga yang telah diawet
  • Koleksi bunga bersama makanan dan minuman

Apa yang menarik, di BloomThis juga dilihat aktif dalam melakukan kolaborasi bersama pelbagai jenama lain termasuklah kerjasama dengan jenama fesyen mewah Coach dan juga jenama aiskrim kegemaran ramai Baskin Robbins.

Dari segi harga, julat harga yang ditawarkan untuk pembelian bunga ini adalah sekitar RM3 hingga RM9 untuk bunga tangkai, manakala RM75 hingga RM800 untuk jambangan bunga yang telah sedia reka.

Selain memfokuskan kepada pembelian di kedai fizikal, BloomThis juga turut menawarkan servis penghantaran untuk pesanan atas-talian. Berdasarkan polisi mereka, pesanan yang dilakukan pada sebelum jam 3.30 petang, ia akan dihantar pada hari yang sama bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bharu.

Pelanggan juga boleh memilih servis penghantaran Ekspres, untuk mendapatkan gubahan yang tertentu dan mendapatkannya dalam durasi 4 jam selepas pesanan dihantar. Setakat ini, bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bharu, tiada caj yang dikenakan bagi setiap pesanan yang dilakukan.

Cara Membuat Pesanan Pembelian Bunga Di BloomThis – Melalui Laman Atas-Talian

Berikut adalah cara dan langkah untuk membuat pesanan pembelian:

  1. Pilih produk yang digemari.
  2. Masukkan ke dalam bakul pembelian.
  3. Tetapkan tarikh dan waktu penghantaran.
  4. Lengkapkan alamat penghantaran.
  5. Lakukan pembayaran dan pesanan anda akan dihantar di hadapan pintu rumah.

Untuk pengetahuan anda juga, BloomThis turut memperkenalkan BloomThis Rewards untuk anda yang mendaftar menjadi ahli dengan cara membuat akaun peribadi di laman rasmi BloomThis. Bagi setiap pesanan, akan ada ganjaran yang diberikan dan boleh digunakan pada pembelian yang seterusnya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd