Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Anda Menukar Cermin Mata Lama Kepada Yang Baharu?

June 26, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Tahukah anda apakah waktu terbaik untuk anda mula menukar cermin mata lama anda? Secara umumnya, terdapat 3 faktor utama yang boleh anda pertimbangkan sekiranya anda ingin bertukar kepada cermin mata baharu.

Berikut adalah sebab mengapa anda perlu bertukar kepada cermin mata baharu seperti yang dinyatakan oleh pakar. Ia termasuklah:

  • Anda mengalami sakit kepala atau berasa tidak selesa sewaktu berada di dalam keadaan yang memerlukan anda melihat secara jelas. Maka, ini menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk berjumpa doktor mata anda untuk mendapatkan preskripsi cermin mata baharu.
  • Kadangkala, cermin mata sedia ada anda menunjukkan tanda-tanda usang dan tidak lagi berfungsi dengan baik seperti sebelumnya. Sekiranya ini berlaku, ini mungkin sudah tiba masanya untuk menggantikan cermin mata lama anda kepada cermin mata dengan teknologi kanta terbaharu.
  • Anda juga disarankan untuk bertukar kepada cermin mata baharu sekiranya bingkai cermin lama anda sudah longgar, tidak muat ataupun telah menyebabkan pemakaian cermin mata berasa tidak selesa. Hal ini kerana, apabila bingkai cermin mata menjadi longgar, ia cenderung menyebabkan bingkainya melorot ke kawasan sekitar bawah mata.

Selain itu, adalah penting juga untuk anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor mata anda. Ini adalah untuk membantu anda mengetahui sebarang perubahan penglihatan selain memastikan anda mendapatkan cermin mata yang memenuhi keperluan preskriptif anda.

Harus diingatkan, walaupun cermin mata anda kelihatan berfungsi dengan baik, preskripsi anda mungkin memerlukan pelarasan yang hanya dapat ditemui oleh peperiksaan mata lengkap.

Secara umumnya, pakar penjagaan mata biasanya mencadangkan agar individu dewasa perlu mendapatkan pemeriksaan mata komprehensif setiap satu hingga dua tahun, bergantung pada faktor seperti umur dan risiko mengalami masalah penglihatan.

Sementara, kanak-kanak pula pemeriksaan mata pada peringkat awal juga amat penting kerana kanak-kanak memerlukan kemahiran asas yang berkaitan dengan penglihatan yang baik untuk meneruskan sesi pembelajaran:

  • Penglihatan jarak dekat
  • Penglihatan jarak jauh
  • Koordinasi kedua-dua mata
  • Kemahiran pergerakan mata
  • Kemahiran fokus
  • Kesedaran bahagian sisi
  • Koordinasi tangan-mata

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd