Mengapa Bahagian Dalam Cerek Air Plastik Sering Bertukar Warna Menjadi Coklat Keperangan?
Lina Rosli
Tahukah anda, apakah faktor yang boleh menyebabkan cerek air anda berubah warna, menjadi lebih coklat dan keperangan, apabila telah digunakan untuk satu tempoh yang lama?
Jika anda perasan, kebanyakan cerek air yang dibina dari bahan plastik mempunyai kecenderungan untuk bertukar warna menjadi lebih keruh walaupun ia telah kerapkali di basuh. Dan adakalanya, cerek yang diperbuat daripada besi keluli juga turut mengalami situasi yang sama.

Perubahan warna ini dipanggil sebagai ‘limescale‘ yang sebenarnya adalah berpunca daripada bahan yang terkandung di dalam air iaitu kalsium karbonat.
Untuk pengetahuan anda, limescale ini terbentuk apabila air mendidih. Sewaktu proses ini berlaku, kalsium bersama-sama dengan magnesium akan terlarut bersama air, namun tidak untuk kalsium karbonat. Ia mempunyai sifat tidak larut yang mana kesannya, molekul berwarna coklat akan terbentuk daripada air yang merebak ke seluruh perkakas.
Adakah Kalsium Karbonat Ini Berbahaya Jika Tidak Bersihkah Dengan Sempurna?
Secara umumnya, kuantiti kalsium karbonat yang sedikit tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada individu. Namun, adalah penting untuk anda membersihkan kesan kotornya yang tertinggal di dalam cerek air.

Ini kerana, apabila sebatian kalsium karbonat mula menebal di dalam cereka, ia boleh menyebabkan proses pemanasan dan pendidihan air akan menjadi kurang efisien. Dan akhirnya, ia akan menggunakan tenaga yang lebih tinggi untuk memanaskan air menggunakan cerek berkenaan.
Selain itu, adalah penting juga untuk anda mengetahui bahawa, kalsium karbonat yang wujud dalam bentuk pepejal masih lagi berbahaya. Sekiranya pepejal ini terkena pada bahagian kulit, mata dan sebagainya, ia boleh menyebabkan kerengsaan serta turut boleh mengganggu saluran penafasan.