Ayam Bakar Oh-Semm Kini Kembali Ditawarkan Di The Chicken Rice Shop

June 28, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

The Chicken Rice Shop (TCRS) baru-baru ini telah mengumumkan kembalinya Ayam Bakar Oh-Semm (ABOS) yang akan kekal dalam menu sempena sambutan ulang tahun ke-23 TCRS. Ini adalah disebabkan oleh permintaan peminat yang menggalakkan, Ayam Bakar Oh-Semm ini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun.

Bagi anda yang belum pernah mencuba, hidangan Ayam Bakar Oh-Semm ialah karya kulinari yang menggabungkan aneka rempah ratus yang kemudiannya dipanggang bersama ayam sehingga masak. Kemudian dipadankan sekali bersama sos Ayam Bakar Oh-Semm, ia sekaligus memberikan hasil hidangan yang lazat dan sesuai untuk disajikan kepada keluarga.

Sempena sambutan ulang tahun ke-23 juga, The Chicken Rice Shop menjemput para pelanggan untuk mengunjungi cawangan TCRS terdekat untuk menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm. Dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023.

Jom kita sama-sama menikmati warisan masakan tempatan yang pasti menambat hati dan menjamu selera macam bos dengan ABOS. Untuk maklumat lanjut mengenai menu dan peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, anda layari laman rasmi TCRS atau kunjungi ke halaman Facebook mereka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd