Berapa Banyak Gula Yang Boleh Individu Ambil Setiap Hari?
Lina Rosli
Menurut NHS, had pengambilan gula bagi setiap individu dewasa adalah tidak lebih daripada 30g iaitu sekitar 7 sudu teh setiap hari. Ini termasuk pengambilan gula percuma ataupun gula yang ditambah kepada makanan atau minuman.
Sementara, had pengambilan gula bagi kanak-kanak berumur tujuh hingga 10 tahun adalah tidak lebih daripada 24g iaitu sekitar enam sudu teh setiap hari. Manakala untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun, mereka disarankan untuk mengambil gula tidak lebih daripada 19g bersamaan dengan lima sudu teh setiap hari.
Selain itu, pakar perkhidmatan kesihatan turut mengatakan tiada had garis panduan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun, tetapi mereka disyorkan untuk mengelakkan minuman manis dan makanan dengan gula tambahan.

Kaitan Antara Gula Dan Penyakit
Bukti hubungan antara gula tambahan dan kanser boleh dijelaskan melalui kesan pengambilan gula ke atas berat badan. Penggunaan gula yang tinggi telah dikaitkan dengan obesiti, yang merupakan faktor risiko yang kuat untuk pelbagai jenis kanser. Begitu juga dengan penyakit kardiovaskular.
Pengambilan gula tambahan juga boleh menggalakkan keradangan dalam badan, dan ini boleh menyebabkan tekanan pada jantung dan saluran darah dan sekaligus meningkatkan tekanan darah.
Makanan yang diproses tinggi juga mengandungi banyak gula bebas. Dan ianya didapati boleh meningkatkan keradangan dan menjadi antara faktor risiko kemurungan.