1 Daripada 3 Kanak-Kanak Di Malaysia Berisiko Menghidap Anemia – Faktor Utama Adalah Disebabkan Kekurangan Zat Makanan

July 5, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Danone, merupakan antara syarikat tenusu terbesar di dunia telah hadir dengan dapatan utama bagi Kajian Kuat Zat Besi (Iron Strong Study), bersempena dengan Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Pemakanan Malaysia ke-38 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Berdasarkan kajian tersebut, masalah Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi merupakan antara cabaran kesihatan global yang utama, di mana negara-negara membangun mempunyai kadar anemia dan IDA lebih tinggi daripada negara-negara maju iaitu pada kadar 3 hingga 4 kali lebih tinggi.

Dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak kecil paling mudah terjejas oleh kekurangan nutrisi zat bes.

Pada tahun 2019, kadar anemia dalam kalangan kanak-kanak global berumur bawah 59 bulan adalah 39.8%, bersamaan dengan 269 juta orang kanak-kanak.

Manakala pada tahun 2022, jumlah kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 59 bulan dan menderita masalah anemia meningkat sebanyak hampir 7% iaitu sekitar 46.5% secara keseluruhan.

Kajian Kuat Zat Besi merupakan satu kajian klinikal bukan invasif dan berbilang wilayah yang menumpukan fokus pada anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi di Malaysia. Ia dilaksanakan Danone bersama Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya Pakar diketuai oleh Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin.

Dalam landskap kesihatan yang kompleks, menangani isu kesihatan seperti IDA memerlukan strategi yang kolaboratif dan transformatif dalam penjagaan nutrisi. Inisiatif pertama seumpama ini merupakan sebahagian daripada komitmen Danone untuk memerangi kekurangan zat makanan dengan menekankan kepentingan intervensi awal.

Selain itu, Danone telah menjalinkan kerjasama dengan pakar-pakar penjagaan kesihatan dan mendekati komuniti tempatan, untuk memacu perubahan positif serta meningkatkan kesihatan dan nutrisi di seluruh dunia, sekali gus menzahirkan Agenda Satu Kesihatan global syarikat berkenaan.

Intipati Kajian Kuat Zat Besi

Kajian Kuat Zat Besi membabitkan 1201 pesakit luar kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 36 bulan di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang dipilih secara rawak.

Dapatan kajian klinikal ini bertujuan membangkitkan kesedaran tentang isu kritikal anemia, dan menawarkan penyelesaian seperti:

  • meningkatkan status nutrisi di Malaysia
  • menekankan kepentingan intervensi awal anemia menerusi saringan proaktif
  • menerapkan inisiatif yang diterokai ke dalam program pemeriksaan kesihatan penjagaan primer

Dapatan kajian turut mendapati:

  • Kanak-kanak kecil di Malaysia lebih berisiko mengalami anemia berbanding kanak-kanak yang lebih besar.
  • Kanak-kanak yang kurang berat badan berkemungkinan besar menghidap anemia.
  • Kanak-kanak di bandar dan luar bandar sama-sama dilihat berisiko menghidap anemia.

Kekurangan zat makanan merupakan penyumbang besar kepada IDA atau Anemia Kekurangan Zat Besi, yang boleh menyebabkan komplikasi tumbesaran yang tidak dapat dibalikkan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia.

Implikasinya melangkaui pertumbuhan fizikal, ia turut menjejaskan perkembangan kognitif dan fungsi imun. Bagaimanapun, dengan mengenalpasti dan menangani risiko faktor awal menerusi pemeriksaan rutin, individu boleh mengurangkan impak kekurangan nutrien pada kanak-kanak secara ketara.

Selain itu, IDA juga berlaku apabila zat besi tidak mencukupi untuk menyokong penghasilan sel merah yang sihat. Zat besi adalah penting dalam penghasilan sel darah merah, dan berperanan penting dalam pertumbuhan dan fungsi otak.

Justeru, kanak-kanak yang menghidapo IDA mungkin menunjukkan pelbagai gejala, termasuk:

  • kurang fokus
  • keletihan
  • lemah
  • pening
  • kuku menjadi rapuh
  • kulit pucat

Malah, kegagalan untuk merawat masalah ini dengan segera boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang teruk, termasuk kegagalan organ.

Inisiatif Danone Dalam Membantu Mengurangkan Risiko Anemia Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Berikut adalah beberapa inisiatif daripada Danone dalam membantu mengurangkan risiko Anemia dan IDA dalam kalangan kanak-kanak:

  • Jelajah Generasi Kuat Zat Besi Dugro – kempen ini akan diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan zat besi dalam nutrisi kanak-kanak, serta memupuk generasi kanak-kanak yang kuat zat besi. Kempen tersebut menyediakan pemeriksaan dan perundingan anemia tanpa invasif secara percuma kepada kanak-kanak.
  • Memupuk kerjasama yang kukuh dengan rakan kongsi penjagaan kesihatan berdasarkan dua tujuan – pertama, memerangi anemia dengan membudayakan saringan proaktif di seluruh negara selari dengan program pemeriksaan kesihatan yang sedia ada dalam penjagaan kesihatan primer. Kedua, mendidik umum tentang kekurangan zat besi dan mikronutrien, terutama dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.
  • Memanfaatkan sumber dan kepakarannya untuk menggunakan peralatan bukan invasif yang mengukur paras hemoglobin, sekali gus menghapuskan keperluan untuk kaedah tradisional pengambilan darah secara invasif.
  • Bekerjasama dengan pakar penjagaan kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan. Kerjasama merentasi disiplin ini membolehkan Danone menentukan aspek-aspek di mana sokongan Danone dapat mencetuskan impak terbesar, bagi memastikan Danone dapat terus menangani isu-isu kritikal yang timbul.

Untuk maklumat lanjut tentang Generasi Kuat Zat Besi Dugro dan inisiatif-inisiatif lain, layari laman rasmi Dugro bermula hari ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd