ZUS Coffee Tawar Minuman Edisi Terhad Velvet Crème Poring Latté – Kolaborasi Bersama Huawei AppGallery & Ragnarok Origin
Lina Rosli
HUAWEI AppGallery, bersama jenama kopi terkenal ZUS Coffee, serta permainan mudah alih Ragnarok Origin (ROO) telah bergabung tenaga untuk mengumumkan kempen kerjasama mereka dalam menghasilkan minuman yang sangat dinanti-nantikan, Velvet Crème Poring Latté.
Minuman edisi terhad ini telah direka khas untuk membuahkan rasa teruja sewaktu memulakan pengembaraan yang baharu bersama pasangan. Untuk pengetahuan anda, minuman ini turut menggabungkan unsur gaming, minuman istimewa, dan inovasi teknologi termaju.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati Velvet Crème Poring Latté ini bermula hari ini hingga 31 Julai 2023.

Pastikan anda mengambil peluang untuk menemui kelazatan ini sambil menerokai gabungan sempurna antara budaya gaming dan minuman trendy di mana-mana cawangan ZUS Coffee. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli Velvet Crème Poring Latté akan dapat ganjaran eksklusif yang akan meningkatkan lagi kenikmatan mereka.
Selain penawaran kelazatan Poring Latté, kempen ini turut menyediakan peluang untuk pembelian dalam aplikasi dan ganjaran pengguna di HUAWEI AppGallery.
Pemain Ragnarok Origin dijemput untuk memuat turun permainan daripada AppGallery untuk mendapatkan ganjaran eksklusif. Beberapa ganjaran yang boleh didapati termasuk:
- Pek hadiah in-game istimewa untuk perbelanjaan berjumlah RM500 dan ke atas
- Tumber “Original Love” edisi terhad untuk perbelanjaan berjumlah RM1,000 dan ke atas, hanya dengan eWallet.