Ulang Tahun Ke-20 IKEA Damansara Menampilkan Kerusi Gergasi Setinggi 5 Meter
Lina Rosli
Sudahkah anda melihat sebuah struktur gergasi yang telah dipasang di kawasan gedung IKEA Damansara?
Jika belum, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke IKEA Damansara bermula hari ini untuk melihat penampilan kerusi kanak-kanak gergasi IKEA MAMMUT setinggi 5 meter. Menurut IKEA, pemasangan kerusi berkenaan merupakan pembuka tirai untuk sambutan ulang tahun ke-20 IKEA Damansara yang berlangsung pada bulan Julai dan Ogos.

Untuk pengetahuan anda, kerusi MAMMUT mula-mula diperkenalkan pada tahun 1993 sebagai sebahagian daripada rangkaian untuk Kanak-kanak IKEA. Reka bentuknya yang menyeronokkan dan unik berilhamkan komik menjadikannya satu kelengkapan rumah yang ideal untuk anak-anak.
Tambahan lain, binaan kerusi ini juga ingan dan tahan lama. Oleh itu, kerusi itu bukan sahaja sesuai untuk digunakan di dalam rumah, tetapi juga boleh menjadi item yang sangat praktikal untuk kegiatan di luar rumah.

Apa yang menarik juga, kerusi MAMMUT ini turut telah menjadi salah satu produk IKEA yang paling laris di Malaysia di bawah kategori kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari laman Facebook rasmi IKEA Malaysia di SINI.