Sakit Badan Antara Jenis Kesakitan Paling Kerap Dialami Oleh Rakyat Malaysia – Panaflex Patch, Solusi Kelegaan Baharu Dari Panadol

July 24, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Tidak dinafikan bahawa sakit badan merupakan antara jenis kesakitan paling tinggi dan sangat kerap yang dialami oleh rakyat Malaysia. Hal ini disebabkan oleh tabiat gaya hidup seperti ketegangan yang berpunca daripada tekanan, rutin sedentari, dan postur yang tidak betul.

Oleh sebab itu, dalam mengatasi hal ini, Panadol memperkenalkan rangkaian baharu produk kelegaan sakit badan, Panaflex Patch, untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan memberikan penyelesaian kesakitan yang bertindak cepat dan berkesan.

Untuk pengetahuan anda juga, laporan SAYS pada tahun 2022 yang lepas menunjukkan bahawa Kuala Lumpur menduduki tempat ketiga antara bandar yang paling banyak bekerja (overworked) di dunia.

Sebagai antara negara yang paling gigih bekerja pada peringkat global, ia secara tidak langsung telah memberi kesan kepada individu dari sudut kesihatan yang mana data mendapati bahawa terdapat peningkatan nombor untuk individu yang mengalami rasa sakit iaitu sejumlah 85% individu kini mengalami pelbagai jenis kesakitan fizikal termasuk sakit badan.

Dengan kehadiran produk baharu Panadol, Panaflex Patch sedikit sebanyak membantu melegakan rasa sakit dan meningkatkan semula produktiviti individu di samping mengembalikan kualiti kehidupan seseorang individu.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran baharu, Panadol menyasarkan untuk meraikan rakyat Malaysia yang gigih bekerja menjelang sambutan kemerdekaan bagi menghargai usaha mereka yang tidak mengenal erti penat lelah dan juga pengorbanan mereka. Kempen pelancaran bermula pada 21 Julai, dengan acara pertama akan diadakan di Ruang Legar Utama Pavilion Bukit Jalil mulai 10 pagi hingga 10 malam.

Melalui acara ini, para pengunjung dapat belajar mengenai sakit badan dan cara menanganinya.  Ini akan diikuti oleh kempen sosial selama tiga bulan bersama pemimpin pendapat utama (Key Opinion Leaders) yang meneruskan usaha advokasi untuk membantu dan memperkasakan rakyat Malaysia dalam mengurus kesakitan harian yang dialami mereka dengan cara yang lebih berkesan.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Panaflex, sila layari  https://www.panadol.com/en-my/adult-products/panaflex-hot-patch/     

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd