Richeese Factory Memperkenalkan Mi Segara Tersendiri Iaitu Nabati Richeese Mi Instan

July 24, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Selepas memperkenalkan dan membuka restoran ayam goreng yang tersendiri, kini Richeese Factory kini memperluaskan penawaran produk mereka menerusi pengenalan variasi mi segera baharu iaitu Nabati Richeese Mi Instan.

Nabati Richeese Mi Instan ini hadir dengan 2 pilihan rasa iaitu perisa Ramen Keju dan Ramen Keju Pedas, yang mana kedua-dua rasa ini sangat sinonim dengan produk utama Richeese yang memfokuskan kepada hidangan berasaskan keju.

Buat masa ini, penawaran mi segera Richeese Factory ini masih lagi terhad di kedai runcit dan pasaraya terpilih. Namun, ia dijangka akan diperluaskan kepada umum dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan anda juga, sebelum ini Nabati Richeese Mi Instan telahpun ditawarkan untuk pasaran Indonesia dengan lebih banyak perisa tersendiri termasuk Mi Goreng Keju Pedas yang hadir dengan pelbagai tahap kepedasan.

Bagi yang hendak mendapatkannya, harga jualan Nabati Richeese Mi Instan ini adalah sekitar RM5.85 satu pek.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd