Ini Koleksi Beg Tangan Chanel Yang Digunakan Oleh Barbie
Lina Rosli
Bagi anda yang telah menonton filem Barbie The Movie di pawagam, pastinya anda teringat-ingat akan butiran persalinan yang digayakan oleh Barbie (lakonan Margot Robbie) di setiap babak di dalam filem tersebut.
Apabila bercakap mengenai fesyen, salah satu kategori item yang paling mencuri tumpuan Tajria adalah beg tangan yang digunakan oleh Barbie. Mana tidaknya, kesemua beg tangan mewah itu menampilkan ciri dan kemasan yang unik selain turut mengetengahkan elemen ikonik watak Barbie iaitu penggunaan warna merah jambu yang pelbagai.

Bagi yang tidak mengetahui, beg tangan mewah yang digunakan oleh Barbie di dalam filem tersebut merupakan koleksi dari jenama Chanel.
Margot Robbie yang merupakan duta jenama Chanel selama bertahun-tahun telah memperlihatkan barisan beg tangan Chanel yang bermacam-macam rekaan. Dipadankan pula dengan set pakaian yang versatile seperti jaket tweed merah jambu dan baju dress vintaj, almari Barbie sememangnya penuh dengan koleksi fesyen idaman ramai.


Bukan itu sahaja, Barbie juga mempunyai banyak pilihan beg tangan mewah bukan merah jambu. Salah satunya beg Chanel ikonik yang berwarna biru langit dan pastel yang digunakan oleh Malibu Barbie pada tahun 1997. Beg tote vintaj ini dihasilkan daripada fabrik berkuil, dan dilengkapkan dengan monogram CC paten hitam.


Jadi, untuk anda yang ingin melihat koleksi Chanel yang digunakan Barbie, berikut adalah senarai beg tangan mewah yang boleh anda ketahui:
- CHANEL Lambskin Quilted Mini Vanity Case With Pearl Chain Light Pink – $2,515
- CHANEL Lambskin Quilted Chanel 19 East West Shopping Bag Dark Pink – $5,455
- CHANEL Caviar Quilted Wallet On Chain WOC Pink – $3,650
- CHANEL Vintage Sky Blue & Pastel Printed Tote, 1997
- CHANEL Sky Blue Belt Bag With Pearls, Spring Summer 2022
- CHANEL Lambskin Quilted Mini Rectangular Flap Light Blue – $6,295
- CHANEL Vintage Pink Patent Rhinestone Vanity Case, 1995
- CHANEL Vintage Round Top Handle Vanity Case, Summer 1995
- CHANEL Light Blue Boy Bag with Ruthenium Hardware
- CHANEL Mini Rectangular Top Handle Bag in Pale Yellow

Menarik bukan? Adakah filem ini memberi inspirasi kepada anda untuk menambah beg tangan merah jambu lebih banyak pada koleksi anda? Atau mungkin anda boleh kongsikan juga, mana satu daripada kesemua beg tangan di atas menjadi idaman anda? Adakah beg tangan dengan kemasan dari kulit kambing ataupun beg tangan jenis caviar quilted?