Tinjauan Dapati Sarapan Yang Tidak Seimbang Boleh Menyebabkan Kelesuan Dan Gangguan Metabolik

July 26, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Seperti yang sering kita dengar daripada kebanyakan pakar, sarapan adalah hidangan paling penting untuk memulakan hari anda. Dan ia sebenarnya terbukti secara saintifik.

Berdasarkan laporan The Foodie Hub, ia menunjukkan bahawa pilihan sarapan anda bukan sahaja memberi kesan pada hari anda malah mempunyai kesan yang berkekalan pada kesihatan jangka panjang.

Apabila kesedaran berkembang tentang kepentingan hidangan pagi yang berkhasiat, satu elemen utama yang perlu anda ketahui iaitu protein berkualiti.

Ini amat membimbangkan di Malaysia, di mana tinjauan telah menunjukkan bahawa tabiat sarapan pagi rakyat Malaysia lazimnya akan melibatkan pengambilan protein yang tidak lengkap iaitu, hampir tidak ada apa-apa seperti secawan kopi hitam atau terlalu berlebihan seperti sepinggan Nasi Lemak dengan ayam goreng atau sotong sambal.

Mengapa Sarapan Yang Seimbang Adalah Penting?

Sarapan yang tidak seimbang ini membawa kepada kelesuan dan gangguan metabolik yang dipercayai menjadi salah satu penyumbang utama kepada banyak isu penyakit tidak berjangkit yang dihadapi oleh Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, hampir separuh daripada orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan turut cenderung berisiko menghadapi diabetes.

Menyedari peranan penting protein berkualiti, The Foodie Hub – kini sedang mencari untuk mencetuskan revolusi dalam tabiat sarapan pagi Malaysia menerusi pengenalan kempen tentang tabiat pemakanan berbahaya sekaligus menggalakkan penggabungan sumber protein yang ringkas namun berkualiti ke dalam makanan, terutamanya sarapan pagi.

Sarapan pagi berprotein tinggi bukan sahaja memberi orang ramai rangsangan tenaga yang sangat diperlukan pada waktu pagi tetapi juga meningkatkan tindak balas badan dengan ketara terhadap makanan berkarbohidrat tinggi sehingga empat jam selepas makan pagi.

Ini seterusnya membawa tahap tenaga yang berterusan dan kesejahteraan yang dipertingkatkan sepanjang hari di samping menambah baik peraturan selera makan dan pengurusan kelaparan yang lebih baik yang boleh memberi manfaat terutamanya untuk pesakit kencing manis.

The Foodie Hub Hadir Dengan Solusi Makanan Pagi Yang Seimbang Untuk Individu

Bagi yang tidak mengetahui, The Foodie Hub menawarkan pelbagai jenis produk, termasuk penawaran serunding ayam yang didatangkan dalam 6 perisa iaitu Serunding Ayam Panas, Serunding Ayam Manis, Serunding Ayam Gojuchang Korea, Serunding Ayam Telur Masin, Serunding Ayam Bijan Rumpai Laut, dan Serunding Ayam Rangup.

Foodie Hub juga menawarkan rangkaian produk yang lazat untuk meningkatkan lagi ciptaan masakan anda. Daripada serunding daging lembu yang berperisa kepada pes cili sambal beraroma, pes kari, dan inti yang lazat, dan banyal lagi. Untuk maklumat lanjut tentang The Foodie Hub, sila layari https://foodiehub.com.my/

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd